Kanak-Kanak Menyokong Tindakan Bunuh Diri
Kanak-Kanak Menyokong Tindakan Bunuh Diri - Apabila berlaku kes cubaan membunuh diri, pasti ramai yang menjadi panik, berusaha untuk menghalang, namun tidak semua percubaan membunuh diri oleh seseorang individu itu akan mendapat simpati dan halangan daripada orang awam.
Di Wilayah Shaanxi, China, seorang wanita cuba terjun dari bumbung sebuah menara bangunan akibat tekanan hutang yang terlalu banyak dan menganggap bahawa dengan membunih diri, bebanan kewangan yang ditanggungnya akan selesai.
Pihak polis cuba menenangkannya dan memintanya turun dari bumbung tersebut.
Pada masa yang sama, orang ramai juga sudah berkumpul di bawah bangunan untuk menyaksikan ‘drama’ yang sedang berlaku.
Bagaimanapun, tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah yang baru tamat sesi persekolahan menghampiri tempat itu dan mula menjerit, “Terjun! Cepat terjun untuk kami!”.
“Ini sesuatu yang menyeronokkan,” tambah mereka.
Walaupun wanita itu berjaya diselamatkan, tindakan kanak-kanak itu menaikkan kemarahan orang ramai kerana dianggap melampau.
Kanak-Kanak Menyokong Tindakan Bunuh Diri
Reviewed by Unknown
on
Monday, June 30, 2014
Rating:
No comments