[AGAMA] Isu Drama SAHARA, Apa Reaksi Ustaz Azhar Idrus


::Isu Drama "Sahara" (Astro Prima)::


Reaksi segera oleh ustaz-ustaz tersohor.

Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.

- dipetik dari fan page Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Soalan > Salam ustaz..komen sikit tentang cerita sahara nie..apa hukum pengarah buat crite gini? Ape plak hukum astro siar cite gini? wanita yg berniqab, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, ucap "i love u" dgn nada menjerit..seolah2 islam tu xde batasan dlm perhubungan..mohon penjelasan.. :-)
jzkk ♥

Jawapan > : Sekalipun atas tujuan dakwah atau atas nama Islamik,tidak bolih berpegangan tangan lelaki perempuan yg ajnabi.sapa sahaja yang tahu hendaklah menegur dgn niat mengubah kemungkaran

- dipetik dari koleksi soal jawab Ustaz Azhar Idrus

************
Tindakan kita?



Bising-bising di Facebook tarak guna kita terus hantar complaint kepada pihak Astro. "Kita bakor je! Kita bakor" - Usop Wilcha

Contoh complaint yg boleh dihantar kepada pihak ASTRO

Subjek Title> HENTIKAN PENYIARAN DRAMA SAHARA

Message> "Saya, sebagai seorang Muslim di Malaysia, tidak bersetuju dengan cara Islam digambarkan dalam drama "Sahara" yang disiarkan di ASTRO PRIMA. Adegan-adegan seperti berpegang-pegangan dengan yang bukan mahram dan menjerit-jerit "I love you, Sahara!" adalah bertentangan dengan Islam.

Tambahan pula, imej wanita Islam yang bertudung dan berniqab juga tercemar.

Justeru, saya meminta jasa baik pihak yang berkenaan untuk menghentikan siaran drama tersebut serta merta.

Sekian, terima kasih."

***********

Langkah untuk hantar complaint kepada Astro. Rujuk langkah-langkah mudah di bawah.

1) Layari: http://support.astro.com.my/FeedbackForm.aspx
2) Isikan makluat yang diperlukan. COPY dan PASTE mesej di atas.
3) Hantar

Mudah.

***********

**Niqabis-niqabis adalah idaman suami soleh. (termasuk di apahell team) ♥

sumber

[AGAMA] Isu Drama SAHARA, Apa Reaksi Ustaz Azhar Idrus [AGAMA] Isu Drama SAHARA, Apa Reaksi Ustaz Azhar Idrus Reviewed by Unknown on Thursday, January 31, 2013 Rating: 5

4 comments

  1. aku nk send feedbaxk form jugak.. tapi blog ni tak boleh nk copy..so malas la aku nk tulis satu 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gu nak copy apa?ayat nak report ke?.. kalau tengok dekat sumber, mmg tak leh copy jgk ayat tu cz tu gambar printscreen..:D
      tak rugi taip satu2, nanti pahala disana berganda2..:D

      Delete
  2. memang kontroversi cite ni...mungkin niat baik pengarah tu elok tapi perlu kajian yang lebih

    ReplyDelete
  3. dalam masyarakat kita pun apa kurangnya kebejatan golongon bertudung ni....especially spesies yang nak pakai tudung sebab fesyen ...tudung adalah satu statement untuk tutup kepala...waddehel la...fesyen pun macam kartun...berbangga2 pakai owl necklace...tahuke apa maksud owl tu? pakai accesories ada skull bagai...bangga ke pakai occult accesories?pastu pakai turban macam orang singh....malu aku doh tengok kebodohan budak melayu berfesyen(fesyen yang serabai dengan 5-6 palet warna from head to toe,yang mat saleh kalau tgk pun gelak)....tulah hakikat

    ReplyDelete