Pemuda Memohon Bantuan Jejak Waris Rakan Serumah

Pemuda Memohon Bantuan Jejak Waris Rakan Serumah - Menerusi beberapa status yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Aku Pelik atau nama sebenarnya Haffiz, dia memohon orang ramai untuk membantunya mengesan waris teman serumahnya yang baru meninggal semalam.

Haffiz tersebut memberitahu, teman serumahnya yang bernama Rudy Salam Bin Arman Daris itu meninggal dunia kerana sakit dan majikannya tidak mempunyai maklumat mengenai keluarga arwah.

Bantuan Jejak Waris


Berikut merupakan status penuhnya:

“Salam sahabat2 semua..
Tolong khabar2kan dan sebarkan2 terutama warga Johor..

Housemate saya baru sahaja meninggal tadi, 28 June 2014 ( 6pm)… dibawah adalah detail beliau…. tolong hubungi saya dengan segera jika ada apa2 maklumat ttg saudara mara terdekat beliau… saya seorang diri sedang menguruskan hal ini… tolong sy, plez..
masalah bertambah apabila beliau dh lama hilang ic, tp xrenew… kt employment form kerja xde detail family, boss dia pun cari sy,cmne??? 
hubungi saya dengan segera : 013-5321224… Haffiz…

Nama : Rudy Salam Bin Arman Daris
Lahir tahun : 87
Panggilan : ady.. 
Duduk di : shah alam
Pekerjaan : Promoter unifi. 
Berasal : Johor

Share sebanyak mungkin…..
call me Haffiz – 013-5321224

Laporan polis sudahpun dibuat dan hasil pencarian sebarang dokumen di bilik arwah tidak menemukan sebarang maklumat.

Bantuan Jejak Waris


Menurut Haffiz lagi, keluarga temannya itu sudah meninggal dunia dalam kemalangan dan kini mereka sedang dalam usaha mencari saudara-mara terdekatnya.

Bantuan Jejak Waris

Usaha tersebut agak sukar kerana arwah seorang yang sangat berahsia mengenai hal peribadinya.

Apapun, semoga dengan perkongsian ini dapat membantu Haffiz mencari waris teman serumahnya itu dalam masa terdekat.

Pemuda Memohon Bantuan Jejak Waris Rakan Serumah Pemuda Memohon Bantuan Jejak Waris Rakan Serumah Reviewed by Unknown on Monday, June 30, 2014 Rating: 5

No comments