Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Sakit Perut

Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Sakit Perut | “Peniaga terbabit benar-benar Minta Maaf menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.
“Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya semalam (kelmarin) dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku.

Peniaga roti john 3 beradik koma kerana makan roti john hamdan nasir

Hamdan adalah bapa kepada empat beradik Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4, yang terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda, di sini, Ahad lalu.

Beliau berkata, keputusannya itu turut dipengaruhi keadaan anak ketiganya Muhammad Qayyim yang semakin pulih walaupun masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAR.

Hamdan Nasir - Bapa Mangsa 3 beradik koma makan roti john bazar ramadhan
Hamdan Nasir - Bapa Mangsa
“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu siasatan menyeluruh dijalankan pihaknya kerana perkara yang berlaku adalah serius.

Menurutnya, jenis kuman yang terdapat dalam roti John yang didakwa menjadi punca empat beradik keracunan makanan Selasa lalu akan dikenal pasti terlebih dulu.

Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.

“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang.

“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya. Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Sharin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor terlebih dulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Harian Metro semalam melaporkan kegembiraan empat beradik menikmati roti John sebagai juadah berbuka bertukar episod hitam dalam hidup mereka apabila dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut sehari kemudian.


P/s: Doakan mereka sihat seperti sediakala. Amiin..

Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Sakit Perut Peniaga Roti John Mohon Maaf, Turut Sakit Perut Reviewed by Unknown on Saturday, July 05, 2014 Rating: 5

7 comments

  1. Anonymous05 July, 2014

    Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Bukan Rahiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous06 July, 2014

      Nmpk sgt typing error la derr..admin pun org malaysia jgk...cuma slh type jer..ada jugak org mcmni..suka cr slah org..hihi..jgn mare aa..aishh

      Delete
    2. Anonymous08 July, 2014

      bagus la menegur kesilapan... orang yang ditegur jangan melenting pula, perasan macam orang hentam dia.

      Delete
    3. Admin hargai teguran itu, tq bagitau yer.. korang berdua jangan gaduh. Bulan puasa ni... :>)

      Delete