3 Beradik Koma Selepas Jamah Roti John (4 Gambar)

3 Beradik Koma Selepas Jamah Roti John  | Shah Alam: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu.

3 Beradik Koma Selepas Jamah Roti John

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4. 

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu, dipercayai selepas menikmati roti John yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, di sini, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. 

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Beli 3 bungkus roti John

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan.

Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Kejang otot, muka pucat

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.

Berhati-hatilah dalam memilih gerai kerana tidak semua peniaga di Bazar Ramadhan mempunyai sijil mengendalikan makanan.

Perkara asas yang pengunjung bazar Ramdhan perlu tahu ialah hidu dan lihat makanan sebelum membeli. 

Pastikan makanan yang hendak dibeli itu bersih. Begitu juga dengan gerai makanan yang dipilih, hendaklah berada dalam keadaan yang bersih.

Semoga mereka cepat sembuh. Amiin..



3 Beradik Koma Selepas Jamah Roti John (4 Gambar) 3 Beradik Koma Selepas Jamah Roti John (4 Gambar) Reviewed by Unknown on Friday, July 04, 2014 Rating: 5

33 comments

  1. masyaallah..kesiannya..takut pulak nak beli roti john lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous05 July, 2014

      bukan takut nk beli roti john, takut nk jamag makanan dr bazaar. clearly its not safe

      Delete
    2. Anonymous05 July, 2014

      Yeah not only roti john. It can be any food. Wish them a speedy recovery.

      Delete
  2. subahanallah kesiannye :'(

    ReplyDelete
  3. Harap segera sembuh hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Anonymous04 July, 2014

    sebab tue azwan ali cakap makanan bazar mcm sampah kalau etika peniaga hanya mementingkan keuntungan semata2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous04 July, 2014

      Kesiannya...mudahan2 chpt sembuh...

      Delete
    2. Setuju sangat dengan azwan ali

      Delete
  5. Pekerja pastikan ade inj.thypiod pakaian bersih dan.kursus ttg kebersihan pemakanan..

    ReplyDelete
  6. Anonymous04 July, 2014

    ya Allah selamatkan adik adik ni

    ReplyDelete
  7. Anonymous04 July, 2014

    Btl ke sbb roti john.. ank y umo 15thn xde kn plak.. cmne nge org2 lain y bli roti john tmpt y sme.. ade kn keracunan mkanan jgk ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer..gambar jer yang dua orang, tapi dalam petikan di atas memang lagi sorang masuk hospital juga kerana simptom yang sama. Anak yang tu tinggal di hostel, dan ayah dia memang pergi jumpa dan bagi roti john tu

      Delete
    2. Anonymous04 July, 2014

      Kt ktn penjual kene pkai mask ms mnjual...phk mjlis bandaran kene pntau kbrsihan peniaga...

      Delete
    3. Anonymous04 July, 2014

      Aah pelik gak..xkan org lain yg beli kt stu xsakit....lgpn dia xda inform pn ank dia yg umur 15 terkene jgak..semua adik2 dia yg kene..

      Delete
    4. Anonymous05 July, 2014

      Jiran2 n ank murid sy pun ramai yg kena..ade 4 hr mc...cuma diorg x teruk sgt cm adik2 td

      Delete
    5. Anonymous05 July, 2014

      X semestinya org tu keracunan org lain juga terkena perkara yg sama....kdng2 klo antibodi tu kuat...myb dia boleh bertahan dan x menyebabkan sakit mcm ni...

      Delete
  8. tiga orang yang makan 3 orang yang kena... kat atas tu dia ada inform

    ReplyDelete
  9. Pemantauan mmg dibuat oleh Jabatan Kesihatan dan juga Majlis2 tempatan, tapi secara random. Mungkin gerai yg tersebut tidak kena masa pemantauan. Jika ada aduan mana2 gerai atau peniaga yg tidak mengikut spesifikasi kebersihan, Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pihak kesihatan akan menjalankan siasatan terperinci. Untuk membuat kesemuanya, sukar kerana terlalu banyak gerai /premis. Kakitangan terhad. *Jika ada sila buat aduan di mana2 Pejabat Kesihatan yang berdekatan.

    ReplyDelete
  10. Anonymous04 July, 2014

    Ramai y kena
    Cuma diorg ni pling kritikal

    ReplyDelete
  11. Guna telur expired kot

    ReplyDelete
  12. Semoga segera sembuh tanpa meninggalkn kesan yg memudharatkan

    ReplyDelete
  13. Anonymous05 July, 2014

    Kesian jugak keadaan anak yg terlantar tu.... Kadang tu bukan salah peniaga yg menjual tu.... Peniaga mmg dah menjaga kebersihan... Tp roti yg digunakan tu... Mungkin roti yg dibeli tu dah tercemar... Kebersihan tempat roti yg dibelli kita x tahu......

    ReplyDelete
  14. Uii sampai koma...emm semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  15. Anonymous05 July, 2014

    Semoga di dalam bulan mulia ini..kita sama2 doakan supaya mereka semua cepat sembuh....amin....

    ReplyDelete
  16. Anonymous05 July, 2014

    bazar ramadan jual sampah kat org ...mahal plk tu

    ReplyDelete
  17. Anonymous05 July, 2014

    =p~ =p~ =p~ =p~ =p~ =p~ =p~ =p~ =p~

    ReplyDelete
  18. Buat sndr roti john.mudah n semestinye sdp sbb kite akn buat guna bahan2 yg kualiti

    ReplyDelete
  19. Anonymous05 July, 2014

    Sedihnya bila lihat adik beradik mcmni kerana roti john......semoga mereka cepat sembuh....Amen

    ReplyDelete