Berita Menyedihkan.. 12 Staff KKM, 3 Staff Swasta Positif Covid-19

Berita Menyedihkan.. 12 Staff KKM, 3 Staff Swasta Positif Covid-19 | DUA belas petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga daripada sektor kesihatan swasta dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19).

Berita Menyedihkan.. 12 Staff KKM, 3 Staff Swasta Positif Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seorang daripada 12 kakitangan KKM itu kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini, bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sehingga 12 tengah hari semalam, 110 kes positif COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes terkini kes positif wabak, 900 kes.

Laporan daripada Harian Metro.

Sementara itu, salah satu punca staff kesihatan sendiri yang terkena virus ini adalah kerana ada ramai diantara pesakit luar ini yang merahsiakan fakta atau pernah ada kontak dengan pesakit yang positif covid-19. Mungkin mereka akan berdepan dengan kesukaran jika perlu dikuarantin selama 14 hari. Tetapi tidak terfikirkah mereka, jika mereka bebas ke sana ke sini, mereka boleh menjadi penyebab virus ini lebih tersebar dengan cepatnya..

Itu lah yang berlaku kepada mereka sebagaimana posting di bawah yang ditulis oleh pekerja kesihatan yang menjadi front liner. Semoga mereka sembuh seperti sediakala. Aminn..


MIMPI NGERI JADI KENYATAAN..!

Akhirnya..Lebih 10 staff Klinik Kesihatan Seri Kembangan diarahkan kurantin..!

Mereka adalah Doktor, PPP, Jururawat Pemandu dan PPK.

Seperti penulisan saya yang lepas.Golongan SELFISH ini lah puncanya.

Jumaat lalu,Pesakit yang TAHU telah dijangkiti.Tp merahsiakan fakta ketika ditanya.Menyusup ke klinik tanpa MASK.

Batuk,bersin menyentuh peralatan klinik.

Sudahnya kami diumumkan agar di kuarantin selama 2 minggu di rumah.

Klinik Komuniti terpaksa ditutup bagi menampung beban tugas di Klinik Kesihatan.Semua aktiviti di Klinik Komuniti tertangguh.PPP,Nurse dan PPK di Klinik Komuniti terpaksa bekerja lebih masa menanggung beban yang terpaksa kami tinggalkan.

Hanya kerana seorang dari pesakit yang SELFISH! Kami amat dukacita mengenangkan sikap begini.Sepatutnya kami merawat anda.Tetapi arahan agar kami dikuarantin mnyebabkan perjalanan tugasan Klinik Kesihatan dan Klinik Komuniti terganggu.

Namun begitu proses dikontaminasi klinik giat dijalankan supaya pesakit yang dtg selamat dan staff gantian berada dalam keadaan selamat untuk meneruskan khidmat mereka. 

Kami mohon maaf sekiranya wujud kelewatan ketika menunggu.Doakan Kesihatan staff KKM yang di kuarantin agar kami dapat kembali ke lapangan meneruskan saringan dan menjaga kesihatan anda.

Terima kasih PPP ,Nurses dan PPK yang menggalas dan menggantikan tugas kami.

Terima Kasih 

KKOM Seri Serdang
KKOM Kayu Ara
KKOM Kelana Jaya




Berita Menyedihkan.. 12 Staff KKM, 3 Staff Swasta Positif Covid-19 Berita Menyedihkan.. 12 Staff KKM, 3 Staff Swasta Positif Covid-19 Reviewed by admin on Friday, March 20, 2020 Rating: 5

No comments