Pilih Islam Kerana Mendamaikan

Pilih Islam Kerana Mendamaikan - SELAYANG - “Jika memakai tudung sudah merasakan kedamaian dan ketenangan apatah lagi jika mendalami ilmu agama Islam,” luah bekas model, Felixia Yeap, 28, dalam satu program Kuliah Dhuha dan sembang santai anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Taman Templer, kelmarin.

felixia yeap


Itu antara sebab model tersebut terus memakai tudung dan baru-baru ini mengumumkan akan mengucap kalimah syahadah pada 5 Ramadan ini yang juga merupakan tarikh lahirnya.

Katanya, dia juga sudah mempunyai nama baharu yang mempunyai maksud yang baik.

“Mula-mula runsing juga sebab tidak jumpa nama yang sesuai sehinggalah bermimpi dan selepas disemak didapati maksud nama tersebut baik.

“Nama itu akan saya umumkan selepas saya masuk Islam nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Felixia berkata, niat baiknya disokong keluarga terutama ibunya yang turut nampak perubahan dalam dirinya selepas mendalami Islam.

“Boleh dikatakan dulu saya seorang yang panas baran tetapi kini menjadi seorang lebih penyabar dan tenang.

“Meskipun ibu adalah Cina tapi cara hidupnya tidak terlalu bebas malahan menjaga adap termasuk aspek pakaian yang tertutup dan sopan,” katanya yang mengakui jiwa lebih tenang dan selamat selepas memakai tudung.

sumber: SH
Pilih Islam Kerana Mendamaikan Pilih Islam Kerana Mendamaikan Reviewed by Unknown on Monday, June 30, 2014 Rating: 5

No comments