Rupanya Allahyarham Kawan Lama Ustaz Ebit Lew di Pakistan

Rupanya Allahyarham Kawan Lama Ustaz Ebit Lew di Pakistan | Berikut adalah cicipan daripada Ustaz Ebit Lew sendiri di laman facebooknya berkaitan dengan allahyarham Muhammad Yusof b Haron.

Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron 34 tahun mati syahid asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.

Rupanya Allahyarham Kawan Lama Ustaz Ebit Lew di Pakistan

Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin di tempat lain. Ya Allah tuhanku. Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7 bulan sampai 11 tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri  di hospital JB rasa sebak. Anak-anak syuhada. 

Terima kaseh semua Dr dan Nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad disebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya. Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.

Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat kkm dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita.

Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar. Ayahnya pendakwah baik dan pergi ke seluruh dunia di icu tapi kini dah bertambah baik dan pulih. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya.

Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya. Jika sesiapa ingin menyumbang sedikit bantuan kewangan, ini no akaun isterinya 

Bank Islam
010 4102 7184 812
Nor Adilah bt Rani


Rupanya Allahyarham Kawan Lama Ustaz Ebit Lew di Pakistan Rupanya Allahyarham Kawan Lama Ustaz Ebit Lew di Pakistan Reviewed by admin on Thursday, March 19, 2020 Rating: 5

No comments