Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar

Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar

Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar | Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya.

"Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.." . Dia merungut.

"Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.

Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama"

Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan. Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. 

Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. 

Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita.. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.


Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar Baca : Sebab Lauk Kenduri, Salahkan Tuhan Tanpa Sedar Reviewed by Unknown on Monday, September 08, 2014 Rating: 5

19 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam.. pertamanya terima kasih atas kesudian saudari menegur kami membetulkan sumbernya.. kami dapat nukilan ini daripada sebuah blog dan sumbernya tertulis dengan nama tersebut. rasanya tidak perlu anda menegur sehingga ayat sebegitu, sedangkan saudari sendiri tidak pasti kami ambil dari mana. Jika ia asalnya daripada cikgu tersebut, takkan la kami sanggup menukar nama sumber di bawah itu. Kami silap kerana copy daripada blog tanpa cari pemilik nukilan sebenar, tapi tak perlu rasanya sampai ugut nak siar blog kami sbgai contoh mencuri karya, itu sangat biadab. Sampai mention dosa² pula. Tanya elok-elok baru nampak ciri-ciri kita ini sebagai orang Islam. Terima kasih... Sumber blog yang kami ambil - KLIK SINI

      Delete
    2. Cakap elok2 kan bagus. Main hentam je.

      Delete
    3. sokong admin. kpd cik aliya..menegur ada adabnye. masuk rumah org pandai2 la beri salam. pndai2 la jaga tatasusila kita. jgn sampai org ckp kite biadap.

      Delete
    4. Kenapa la itu yg menjadi isunya.....ambil yg baik dr artikel tu kan ke elok. Apalah salahnya kalau kita sebarkan benda yg baik supaya menjadi ingatan dan panduan pd org lain. Usahlah kita terlalu berkira dlm bab2 yg mcm ini....sila lihat apa tujuan di blogger nak siarkan artikel tu!

      Delete

    5. die pn nk tumpang pemes lar tu agak ny admin..wakakaa :p

      Delete
    6. Alhamdulilah, ilmu yg baik utk dikongsi dan dipanjang2kn... yg baek kite ikut, kite contohi, yg x baik, kite jauhi... inshaAllah

      Delete
    7. macam bez je ko tu aliya.. WTF

      Delete
  2. If pe yg dikatakan admin tu tuk kebaikan. Pe salahnye ..bkn ke kite dituntut utk mmperingati sesame kite ke arah kebaikan.if seseorg salah sekalipn..kite ada cara yg betul untuk tegur..jgn krne suke menegur kite pula yg ditegur..

    ReplyDelete
  3. Asslamualaikum wbt. Untuk Pembaca. Jangan dipertikaikan sapa yg punya..pmiliknya mau kite sedar isi citernya sbgai tauladan. Teguran brguna diambil. Pmilik asal mndpt pahala walaupun info itu dari blog lain. Kalau nak ilmu ambik lah. Kalau nak nama pun ambik lah. Disitu hanya ader pahala. Share pahala kpd yg memberi. Ilmu dipanjangkn walau baby kecil yg siarkn. Lagi satu..karya dari mana pun ttp dpt pahala. Nak pecahkn sesama umat tak baik. Bgi saya..pengkarya ttp dpt pahala dn penyiar lain pun dpt pahala. Yg asli akn dpt pahala yg brganda. Rahsiakn diri dgn ilmu brguna dri diketahui org lain lagi byk pahala nya. Brfikir lah utk brsatu jgn mengutuk ataupun kedekut dn teruskn sharing lebih baik dri mengata. Ilmu brguna tpi ugutan diharamkan. Ubah dn sambongkan ukhwah yg tepat dlm citer ini. Smoga berilmu. Aamiin

    ReplyDelete
  4. Perempuan tu dah kenapa, bukankah elok kita berkongsi ilmu utk kebaikan bersama...bukan menuding jari dan omong kosong...ilmu jika tidak dikongsi dan disebarkan...apa gunanya berilmu...kedekut ilmu nti Allah S.W.T tarik balik ilmu kita..apa pon x dapek....tolong la ilmiah sket...bende kebaikan mcm ni pun nk pertikai. Da sound-sound pastu lesap..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik aliya,berapa jawapan 1+1?

      Delete
    2. cik aliya dah kaitkan ilmu para ulamak dengan tulisan manusia hari ini yang perlu diberikan nama-nama. Cerita atas sebab lauk kenduri, tuhan dipersalahkan, kalau yang macam ni, kerana tulisan manusia sekarang, ulamak di sandarkan.. aduhhh.... siapalah kamu wahai perempuan nak banding2 ilmu para ulamak hah???

      Delete
    3. Bodohnyer ko alia..budget pndai

      Delete
  6. Perkongsian yang sangat bermanfaat..terima kasih

    www.bondasihat.com

    ReplyDelete
  7. maaf menegur ayat lelaki tersebut, bagus untuk menegur tetapi istilah "rezeki ditangan Allah" itu adalah salah, kerana menyamakan Allah dgn manusia. Kita taktahu Allah tu mcm mana, jadi janganlah pepandai tulis ada tangan. Cakaplah rezeki itu ketentuan Allah kan lebih elok

    ReplyDelete
  8. Dua cara interaksi yg ade..muzakarah ngan debat..tp ramai pilih utk bedebat..sbb ramai yg budget good good skang ni..cume la bmuzakarah..kompom aman je tempat komen ni..macam2 leh dibincangkan.aptb laaa...hmm

    ReplyDelete