Biodata Wanita Bunuh Diri Di KK

Hasreena Chee Central Point KK



Biodata Wanita Bunuh Diri Di KK   Baru-baru ini negara kita dikejutkan lagi dengan kes bunuh diri (KLIK SINI) oleh seorang wanita yang juga merupakan seorang pelajar. Arwah dipercayai terjun dari tingkat 6 di pusat membeli belah Centre Point Kota Kinabalu kira-kira jam 12:30 pagi pada hari Jumaat. Punca membunuh diri adalah disebabkan oleh arwah mengalami tekanan perasaan/ emosi. 

Apa yang admin harapkan, jadikan kes-kes sebegini sebagai pengajaran. Negara kita sudah tenat dengan kes-kes bunuh diri sebegini, tidak kurang juga dengan kes-kes jenayah yang lain.  Kita masih punyai banyak cara untuk menyelesaikan masalah dan bunuh diri bukanlah cara yang terbaik. Islam juga melarang perbuatan membunuh diri. Admin sangat bersimpati dengan apa yang menimpa arwah, dan keluarga arwah. Apa-apa pun, ini adalah ujian buat keluarga arwah. Bagaimana cara mereka berhadapan dengan ujian yang hebat ini? Mungkin ada tersilap dimana-mana, admin mendoakan yang terbaik buat mereka. 


Berikut adalah biodata pelajar tersebut:

Nama Penuh: Hasreena Chee

Umur: 21 Tahun

Asal: Bongawan Sabah

Agama: Islam

Pendidikan: Universiti Putra Malaysia

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? Surah al-An'kabut ayat 2.


Apa itu tekanan perasaan/ emosi?

Dictionary of Behavioral Science mendefinisikan tekanan sebagai suatu keadaan fizikal atau tekanan mental yang menyebabkan perubahan dalam sistem saraf autonomi. Definisi ini selari dengan huraian Morstt & Furst, mengenai tekanan. Beliau menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika keadaan itu tidak mampu ditanggung tubuh badan.

Dalam A Dictionary of Human Behaviour pula, memberikan definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang mengendali suatu keadaan. 

Kalau admin, admin suka buat teknik relaxation. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan. InsyaAllah, ada penyelesaiannya. =) 

Biodata Wanita Bunuh Diri Di KK Biodata Wanita Bunuh Diri Di KK Reviewed by Unknown on Monday, May 12, 2014 Rating: 5

No comments