Kecekalan Adik Aina Amanda Bertangan Kudung Ke Sekolah (Video)
Kecekalan Adik Aina Amanda Bertangan Kudung Ke Sekolah (Video) | Klip video mengenai kisah seorang murid perempuan darjah satu yang kudung tangan kanannya, mampu membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu.
Rakaman video selama 3 minit 23 saat yang dirakam ibunya dan dimuat naik ke laman sosial Facebook itu, memberi kesan mendalam dan boleh menyentuh perasaan, jika penonton menghayati secara mendalam situasi yang dihadapi kanak-kanak itu, ketika berdepan rakan-rakan sekolahnya.
Meskipun kanak-kanak itu kudung, tetapi dia masih bersyukur dikurniakan kesihatan pancaindera hingga dia boleh menasihatkan rakan-rakan sekolahnya yang cuba mengganggu dan mengejeknya.
Video murid perempuan itu telah ditonton lebih 74,076 kali dan dikongsi lebih 8,142 kali oleh pengguna laman sosial, dengan 11,950 orang menyukainya.
Dalam video itu, kanak-kanak perempuan bernama Ainaa Amanda itu berkata kepada ibunya, dia tidak mahu bersekolah di sekolah (kelas) B dan mahu ibunya menghantarnya ke sekolah A yang disifatkan sebagai sangat baik, ekoran penerimaan rakan-rakan terhadap keadaan dirinya.
Katanya, rakan-rakan yang berada di sekolah B sering mengejeknya, dengan mengatakan dia seorang insan tidak sempurna, kerana kudung sebelah tangan.
“Tuhan bagi dekat saya, awak ni nanti kalau Tuhan bagi awak tak ada tangan baru tahu.
“Nanti awak tak ada tangan, Tuhan bagi awak tak ada hidung, tak ada mata, tak ada mulut, tak ada kaki, tak ada rambut sampai kepala botak,” katanya Ainaa.
Keluhan hati kanak-kanak itu kemudiannya disambut ibunya dengan pujukan dan kata-kata semangat bahawa dia adalah seorang yang bijak dan mempunyai wajah cantik, sambil berpesan kepadanya, jika ada orang yang mengata, anda harus balas dengan senyum sahaja dan berbuat baik tanpa membalasnya dengan kejahatan.
Meskipun, anaknya tetap mengeluh dengan nasib dirinya, namun ibunya masih berpesan bahawa apa yang dilakukan orang lain terhadap dirinya itu pasti akan mendapat pembalasan daripada Tuhan.
Video tersebut dimuat naik ibunya menggunakan profil Facebook Abby Hassan
Semoga adik Ainaa Amanda berjaya dunia dan akhirat. Amiin..
Kecekalan Adik Aina Amanda Bertangan Kudung Ke Sekolah (Video)
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, January 13, 2015
Rating:
=)) =)) =))
ReplyDelete