Bayi 22 Hari Mati Kelaparan Ketika Ibu dan Ayah Makan di Restoran (2 Gambar)

Bayi 22 Hari Mati Kelaparan Ketika Ibu dan Ayah Makan di Restoran http://apahell.blogspot.com/2015/01/bayi-22-hari-mati-kelaparan-ketika-ibu.html (2 Gambar)

Bayi 22 Hari Mati Kelaparan Ketika Ibu dan Ayah Makan di Restoran (2 Gambar) | Seorang bayi berumur 22 hari ditemui mati kelaparan di dalam sebuah kereta ketika ibu dan ayah tirinya sedang menikmati bufet di sebuah restoran, Florida, Amerika Syarikat. 

Ibu tersebut, Ruby, 33, dan ayah tiri kepada bayi tersebut, Roy, 48 didakwa di atas tuduhan membunuh bayi berusia 22 hari tesebut.

Bayi tersebut, Betsey Kee Stephens hanya berat 1.8 kilogram ketika ditemui mati minggu lepas, kurang lebih dari sekilogram ketika dia dilahirkan.

"Pada pendapat saya, bayi tersebut terseksa semenjak dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia," kata Penolong Ketua Polis Mike Link.

Pegawai kesihatan mengisytiharkan Betsey maut 3 jam sebelum ibu dan ayah tirinya memanggil nombor kecemasan.


Pasangan tersebut memberitahu bahawa mereka meninggalkan bayi tersebut bersama dua beradiknya di dalam kereta ketika mereka pergi makan di Golden Corral, sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala bufet.

Mereka memanggil nombor kecemasan selepas mendapati kaki Betsey sejuk sekembalinya ke kereta, lapor mirror.co.uk.

Adik beradik Betsey, berumur satu dan dua tahun berkeadaan sihat dan sedang dijaga oleh pihak kebajikan.

"Kalau kamu tidak mahu anak tersebut, berikan anak tersebut kepada orang lain (untuk dijadikan anak angkat)," kata Mike.

"Kamu tak perlu biarkan dia mati kelaparan," tambahnya.

Bayi 22 Hari Mati Kelaparan Ketika Ibu dan Ayah Makan di Restoran (2 Gambar) Bayi 22 Hari Mati Kelaparan Ketika Ibu dan Ayah Makan di Restoran (2 Gambar) Reviewed by Unknown on Saturday, January 03, 2015 Rating: 5

1 comment