MH370 : Harapan Makin Cerah - PM Australia
MH370 : Harapan Makin Cerah - PM Australia | SDYNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbot telah menyuarakan harapan yang semakin tinggi untuk merungkai misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan 239 penumpang di dalamnya selepas beberapa serpihan yang tidak dikenal pasti dijumpai di kawasan pencarian.
"Ia masih terlalu awal untuk menjadi kepastian, tetapi jelas kita kita kini telah mempunyai beberapa petunjuk yang sahih dan terdapat harapan yang semakin tinggi,” kata Abbot.
Abbot berkata demikian selepas beberapa objek yang belum dikenal pasti ditemui di kawasan pencarian untuk pesawat tersebut, kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.
Apabila ditanya mengenai butiran objek tersebut, Abbot berkata "beberapa objek kecil berada agak rapat di dalam zon pencarian Australia, termasuk, sebuah, palet kayu."
Komen berkenaan diberi tidak sampai beberapa jam pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membuat pengumuman pada Ahad bahawa "usaha akan terus dibuat untuk menentukan sama ada objek yang ditemui ada kaitan dengan MH370”.
Walaubagaimanapun, Abbot tidak mengkhususkan imej satelit Cina bertarikh 18 Mac, yang dikeluarkan pada Sabtu, menunjukkan sekeping serpihan besar yang terapung berdekatan dengan imej-imej satelit yang dikeluarkan sebelum ini.
Abbot turut berkata keyakinannya bertambah dengan peningkatan asset yang digerakkan untuk tujuan mencari pesawat itu.
"Jelas sekali, lebih banyak pesawat dan kapal laut yang kita ada, kita lebih yakin untuk membawa naik apa-apa objek yang ada di bawah sana.
“Dan jelas sebelum kita boleh mengkhususkan apa-apa kemungkinan, kita perlu membawa naik apa-apa objek-objek ini.
Pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang awal pada pagi 8 Mac lalu.
Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut dan ia masih belum ditemui lagi. - Astro Awani
MH370 : Harapan Makin Cerah - PM Australia
Reviewed by Unknown
on
Sunday, March 23, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment