MH370: Besar Cabarannya Mencari Objek Melalui Satelit
MH370: Besar Cabarannya Mencari Objek Melalui Satelit | KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang ditempatkan di koridor selatan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran keadaan Lautan Hindi yang disifatkan ‘ganas’.
Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau, MAS, Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain menyuarakan pandangannya itu semasa menjadi tetamu dalam program Agenda AWANI pada Sabtu.
Menurut Nik Huzlan, ombak yang tinggi di Lautan Hindi boleh mencecah sehingga 40 kaki selain tiupan angin yang kuat di kawasan tersebut bakal merumitkan proses pencarian MH370.
“Keletihan pasukan SAR juga perlu diambil kira. Mereka berdiri di tingkap pesawat seharian ditambah pula kemungkinan pesawat yang sentiasa bergoyang.
“Selain itu, kita perlu mengambil kira ketahanan pesawat itu sendiri. Dari pangkalan menuju ke tempat pencarian mungkin mengambil masa empat jam, jika dikira tempoh pergi dan balik, itu sahaja sudah memakan masa lapan jam. Ini tidak termasuk tempoh waktu yang mereka habiskan di tengah lautan bagi mencari pesawat itu,” katanya.
Mengulas mengenai salinan transkrip - BACA SINI komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph, Nik Huzlan menganggapnya sebagai meragukan dan sebagai satu "jenaka".
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB), Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad menyuarakan kemungkinan imej objek yang dikesan satelit kerajaan China ada kaitan dengan imej objek yang dikesan pihak berkuasa Australia sebelum ini.
“Sebenarnya ia bergerak dalam orbit yang sama dengan orbit sensor optik. Kita maklum ia tidak dapat dikesan pada setiap hari tetapi akan datang pada laluan lebih kurang dua hingga tiga hari pada satu-satu lokasi.
“Tetapi pada masa sama kita juga faham objek ini akan bergerak. Jadi mungkin koordinat yang diberikan sebelum ini telah bergerak ke tempat lain,” kata Dr Ahmad Sabirin. Astro Awani
MH370: Besar Cabarannya Mencari Objek Melalui Satelit
Reviewed by Unknown
on
Sunday, March 23, 2014
Rating:
No comments
Post a Comment