PELIK: Cara Ke Sekolah Yang Agak Extrem (7 Gambar + Video)

PELIK: Cara Ke Sekolah Yang Agak Extrem | VIETNAM : Kesungguhan lelaki ini untuk memastikan anak-anaknya ke sekolah memang mengagumkan. Bayangkan dia sanggup menyeberangi banjir untuk memastikan anaknya tidak ketinggalan pelajaran.


Dia mengangkat anak-anaknya itu di dalam beg plastik dan menyeberangi air dan arus deras yang melanda perkampungan Sam Lang di Hanoi.

Banjir tersebut menyebabkan anak-anaknya tidak dapat ke sekolah terutama selepas jambatan berhampiran tidak dapat digunakan.

Bagi mengelakkan anak-anaknya tercicir pelajaran, di bapa sanggup mengendong anaknya dalam beg plastik dan menyeberangi kawasan banjir.


Meskipun lelaki itu sendiri terpaksa bergelut dengan air yang setinggi lehernya, namun dia tetap memastikan air berkenaan tidak masuk ke dalam beg plastik itu, dan mengelakkan anaknya basah.

Kesungguhannya itu telah dirakamkan oleh seorang guru Tong Thi Minh.

Bagaimanapun Minh berkata, ia adalah perkara normal ketika musim banjir kerana jambatan yang ada tidak mampu menahan arus deras.

“Saya mula mengajar di sini sejak bulan September tahun lepas. Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi keadaan banjir ini, namun lama kelamaan saya mengikut apa yang dilakukan penduduk,’’ katanya yang memberitahu penduduk kampung itu juga melakukan perbuatan sama untuk menghantar anak mereka ke sekolah.







P/s: Mana-mana kaki ponteng tu, meh tengok meh,... betapa beruntungnya korang!!!

PELIK: Cara Ke Sekolah Yang Agak Extrem (7 Gambar + Video) PELIK: Cara Ke Sekolah Yang Agak Extrem (7 Gambar + Video) Reviewed by Unknown on Sunday, March 23, 2014 Rating: 5

No comments

Post a Comment