(RETIS) PSY Gondol Anugerah Di Perancis

Gaya PSY menari Gangnam Style di karpet merah anugerah itu

Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menggondol dua anugerah menerusi lagunya, Gangnam Style pada Anugerah Muzik NRJ ke-14 di CANNES, Perancis - , lapor portal hiburan Contactmusic kelmarin.

Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 35, memenangi kategori lagu antarabangsa terbaik untuk tahun 2012 dan video muzik terbaik.

Dia yang memakai pakaian berkilat sempat membuat persembahan tarian kuda di atas karpet merah.
Sementara itu, kumpulan nyanyian terkenal dari Britain, One Direction pula memenangi kategori artis kumpulan antarabangsa terbaik.

Kumpulan itu dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan, Louis Tomlinson dan Liam Payne.
Bintang terkenal kelahiran Barbados, Rihanna, 24, juga merangkul satu anugerah bagi kategori artis wanita antarabangsa terbaik untuk tahun 2012. Namun, bekas kekasih penyanyi R&B, Chris Brown itu tidak hadir pada majlis tersebut. 

(RETIS) PSY Gondol Anugerah Di Perancis (RETIS) PSY Gondol Anugerah Di Perancis Reviewed by Unknown on Monday, January 28, 2013 Rating: 5

No comments