21 Perusuh Bola Sepak Dihukum Mati



21 Perusuh Bola Sepak Dihukum Mati | Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 orang yang didapati bersalah terlibat dalam rusuhan bola sepak yang menyaksikan 74 orang terbunuh. Kebayakan yang terkorban ialah daripada Ultras Al-Ahly.

Peristiwa itu terjadi pada 1 Februari 2012 ketika pertandingan bola sepak final antara al-Masry dan al-Ahly, kelab bola sepak yang berpusat di Ibu Kota Kairo. Penyokong al-Masry melontar batu, botol, dan bunga api,  kepada penyokong al-Ahly setelah pasukan mereka menang. Banyak saksi melihat polis tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan kekerasan itu. Setelah kejadian itu Kairo dilanda rusuhan beberapa hari.

Di dalam mahkamah, ahli keluarga tertuduh seakan-akan tidak percaya dengan keputusan tersebut. Mereka kemudian mengangkat tangan dan melaungkan ‘Allahu akbar’. Bagi waris si mati, keputusan itu amat mengembirakan mereka.

Rusuhan itu berlaku selepas kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly apabila peminat kelab Al-Masry yang bersenjatakan pisau dan kayu meluru ke padang stadium di sini untuk mengejar pemain dan peminat pasukan lawan.

Hakim itu juga mengumumkan hukuman terhadap 52 lagi defendan termasuk sembilan orang pegawai keselamatan akan diputuskan pada 9 Mac depan.

Rusuhan antara penyokong pasukan Al-Masry dari Port Said dan peminat pasukan Al-Ahly dari Kaherah disifatkan sebagai keganasan bola sepak paling buruk di dunia dalam tempoh 15 tahun.

Akibat keputusan itu, telah berlaku rusuhan membabitkan pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan itu, akibatnya sekurang-kurangnya 32 mati kerana bertempur dengan polis dan pihak berkuasa.


Masalah bermula di Port Said apabila saudara-mara dan penyokong 73 defendan dalam perbicaraan cuba untuk menggempur penjara.

Dua pemain bola sepak telah ditembak dan dibunuh. Mereka Abdel Halim al-Dizawi, yang bermain untuk Al-Marikh, dan Tamer al-Fahla, yang digunakan untuk bermain untuk Al-Masry.

Saksi dari kedua-dua peminat telah mendakwa bekas ahli rejim digulingkan Hosni Mubarak membantu menghasut serangan.








- Kerana bola sebijik
21 Perusuh Bola Sepak Dihukum Mati 21 Perusuh Bola Sepak Dihukum Mati Reviewed by Unknown on Monday, January 28, 2013 Rating: 5

No comments