Sanggup Makan Uri Bayi Untuk Kekal Cantik (2 Gambar)
Sanggup Makan Uri Bayi Untuk Kekal Cantik (2 Gambar) | Pelik tetapi benar. Perbuatan memakan uri bayi baru lahir telah diharamkan oleh Kesatuan Eropah. Tetapi kecenderungan itu menular di kalangan ibu-ibu baru bersalin di negara luar Eropoh seperti Singapura.
Badan Keselamatan Makanan Eropah mengelaskan uri atau plasenta sebagai 'makanan pelik' sekali gus mengharamkan penjualan serta penggunaannya sebagai makanan.
Dari laporan AsiaOne di Singapura, kegilaan memakan uri bayi untuk tujuan kecantikan bukanlah sesuatu yang pelik dan dilakukan secara tersembunyi lagi.
Rata-rata pengamal kesihatan tradisional, bidan serta pakar ibu mengandung di Singapura menawarkan servis menukar plasenta menjadi bentuk kapsul kerana permintaan tinggi di negara Temasek itu.
Menurut seorang ibu yang bercitarasa eksotik, Wendy Sia, 29, dia diperkenalkan pada amalan pelik itu oleh ibu mertuanya.
“Pada awalnya gerun juga, tapi selepas dua minggu mengamalkan pil plasenta ini, ramai yang memuji kulit saya semakin bersinar,” kata Wendy.
Kepada yang betul-betul nak tahu,“Satu plasenta cukup untuk menghasilkan 150 ke 200 kapsul, bergantung kepada saiz. Harganya pula dalam lingkungan SGD300,” jelas Yeo Chuan Hong, 41, pengurus sebuah pusat perubatan alternatif terkemuka di republik berkenaan.
Selain betuk kapsul, uri bayi jugak ada dalam bentuk salai..Euww
Menurut Yeo lagi, amalan memakan uri juga amat baik untuk menangani masalah meroyan yang biasa dihadapi wanita baru bersalin. - AGENSI
Sanggup Makan Uri Bayi Untuk Kekal Cantik (2 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Sunday, September 21, 2014
Rating:
No comments