MH370: Nasihat Dr. Ridhuan Tee Abdullah Kepada MAS
MH370: Nasihat Dr. Ridhuan Tee Abdullah Kepada MAS | Pendakwah terkenal, Dr. Ridhuan Tee Abdullah memberi 7 langkah yang wajar diambil kira selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.
Dua point utama saranan dari pendakwah ini kepada Syarikat Penerbangan MAS ialah tidak menghidang alkohol dan arak dan juga memakai pakaian yang menutup aurat pekerja bagi orang Islam. Ini memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam secara majoritinya.
"Jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain juga mementingkan tradisi mereka sendiri." katanya.
Ridhuan Tee menyarankan pihak MAS menjadikan anak kapal pesawat Thailand, Brunei sebagai contoh kerana mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara. Apatah lagi Brunei yang sering mengamalkan bacaan doa di dalam kapal terbang untuk mendapat keredhaan tuhan.
Krew kapal pesawat MAS juga diingatkan agar tidak hanyut dan terpengaruh dengan keseronokan di dalam pesawat, sebaliknya mengingati Allah dan mengamalkan ajaran Islam. Selain aspek kerohanian, aspek keselamatan di lapangan terbang juga perlu dipertingkatkan.
"Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang dipinta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunkasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta," katanya. - SINAR HARIAN
MH370: Nasihat Dr. Ridhuan Tee Abdullah Kepada MAS
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, March 25, 2014
Rating:
salam. terharu dgn nasihat dr ridhuan ini.
ReplyDelete