Luahan Hati Guru Yang Pernah Mengajar 20 Tahun di Sarawak

Luahan Hati Guru Yang Pernah Mengajar 20 Tahun di Sarawak http://apahell.blogspot.com/2014/09/luahan-hati-guru-yang-pernah-mengajar.html

Luahan Hati Guru Yang Pernah Mengajar 20 Tahun di Sarawak | Ikuti luahan seorang guru yang berasal dari negeri Perak bertugas di Sarawak di bawah:

Saya bukan orang Sarawak. Asal dari Perak tapi sudah bermastautin di Sarawak lebih 20 tahun.

Saya melihat Sarawak'lah yang paling mengamalkan toleransi kaum.

Semasa saya bersekolah di Perak, bila makan, orang melayu duduk dengan orang melayu, cina duduk dengan cina, india duduk dengan india. Kalau ada budak melayu duduk dengan cina dan india, esoknya kena kutuk. 

Dalam kelas pun begitu, melayu sebaris, cina sebaris, india sebaris.

Bila saya bertugas sebagai guru di Sarawak, saya tak nampak perbezaan kaum. 

Kalau di dewan makan, Azmi boleh pinjamkan cawan pada Dunggat. Khairul duduk sebelah Bong Guan. Di asrama, katil Alex Kloni di atas. katil Ahmad Jerawi di bawah.

Kalau Micheal kena tumbuk, Kiprawi akan pertahankan Micheal. Bila bulan puasa, yang melayu bangun sahur, kawan yang iban ikut sekali. Kalau berbuka, yang melayu berbuka yang iban pun berbuka sama.

Balik kampung cuti sekolah (ini benar-benar berlaku dan membuat saya insaf sangat) kawan iban tolong kawan melayu jinjit tilam dan tunggu bas sama-sama. Kongsi baju sama-sama.

Saya belajar erti hidup toleransi hanya di Sarawak. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk saya.

Sampai bila saya balik Perak, saya jadi benci bila dengar kawan melayu kutuk bangsa lain. Apatah lagi mengutuk Sarawak sebagai negeri miskin. Memang rasa nak pelempang je.

Kesimpulannya Sarawak dan Sabah adalah model terbaik. Orang semenanjung, bukalah mata.

Akhir-akhir ini NGO memainkan sentimen perkauman hanya untuk memecahkan perpaduan kaum di Sarawak. Ingat, pelihara perpaduan kita semua. 

Kamek orang Perak tapi kamek jiwa Sarawak. Hidup mati di Bumi Kenyalang bertuah ini. Hoo Haaaa. - Emmet Fayzal


Admin apahell sendiri merasai apa yang cikgu ini rasa, admin sekarang berada di bumi kenyalang mencari rezeki :). Rakyat sarawak sangat-sangat baik..


Luahan Hati Guru Yang Pernah Mengajar 20 Tahun di Sarawak Luahan Hati Guru Yang Pernah Mengajar 20 Tahun di Sarawak Reviewed by Unknown on Sunday, September 21, 2014 Rating: 5

26 comments

  1. sejak kebelakangan ini ramai pihak cuba mencetuskan provokasi antara serawak dan semenanjung malaysia..mereka kata serawak ni mundur..adess..mundur ke tak serawak still dalam malaysia..dan kita hidup secara harmoni.

    ReplyDelete
  2. Orang di semenanjung sesama melayu dan islam suka bergaduh

    ReplyDelete
  3. Yup..sesetengah pihak sedang mengapi2kan sentimen perkauman di sabah sarawak.. Mereka mahu rakyat berbilang kaum di sini renggang dan bergaduh. Senang mereka nak cucuk jarum. So utk rakyat sabah dan sarawak, bijaklah anda memilih antara baik dan buruk. Ada yang cuba masuk, kasi ajar cukup-cukup..

    ReplyDelete
  4. Proud dat i'm a sarawakian ;)

    ReplyDelete
  5. aku pernah duduk kat sarawak tetapi dilayan macam pendatang asing tanpa izin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang mengatakan dirinya dilayan macam pendatang asing tanpa izin tu perlulah dia tanya diri sendiri kenapa dia dibuat begitu. Saya tak percaya dalam 10 orang semuanya jahat seperti yang dia katakan, apatah lagi dalam negeri Sarawak berapa ribu orang penduduk. Tengoklah sendiri sebelum menyalahkan orang lain supaya anda tidak dilayan macam pendatang tanpa izin kemana-mana kamu pergi nanti.

      Delete
    2. aku duduk kat semenanjung tetapi tidak di layan seperti orang malaysia...

      Delete
    3. Lucu betul statement awak, dilayan macam pendatang asing tanpa izin? ehehehehe
      ;D

      Delete
    4. mungkin ada sebab awak dilayan seperti pendatang asing. tepuk dada tanya selera.

      Delete
    5. cermin diri apa sebab jadi mcm tu..i tau org sarawak caner..diorang tak kacau org kalau org tue buat hal..

      Delete
    6. muliana idrus23 September, 2014

      masuk kandang harimau mengaum....masuk kandang kambing mengembek....pasti x da yg benci...apa2 pun Sarawakian & Sabahan pasti peramah....said good greeting they greeting more than you do...

      Delete
    7. muliana idrus23 September, 2014

      masuk kandang kambing menembek...masuk kandang harimau mengaum...pasti x da yg benci...apa2 pun Sarawakian & Sabahan semua friendly....you greet them well than they would greeting you more than your greeting.....

      Delete
    8. Saya org Sabah tinggal dan bekerja di Semenanjung...org sini selalu tanya..Dah lama duduk Malaysia? Konfius sekejap...Masa nak bersalin kat hospital nurse minta Passport...kenaoa ye? Agaknya loghat pertuturan kami yg buat nereka sangka kami org Indon tapi rasanya bahasa Melayu Sabah jauh drp bhs Indonesia...di Sabah kami hidup harmoni dalam keluarga yg berbilang agama tp nampaknya di Semenanjung susah sikit...Allahu aalam..

      Delete
    9. Saya org Sabah tinggal dan bekerja di Semenanjung...org sini selalu tanya..Dah lama duduk Malaysia? Konfius sekejap...Masa nak bersalin kat hospital nurse minta Passport...kenaoa ye? Agaknya loghat pertuturan kami yg buat nereka sangka kami org Indon tapi rasanya bahasa Melayu Sabah jauh drp bhs Indonesia...di Sabah kami hidup harmoni dalam keluarga yg berbilang agama tp nampaknya di Semenanjung susah sikit...Allahu aalam..

      Delete
    10. Aku cuba untuk duduk dekat semenanjung sebab pelajaran..tapi apakan daya there is no place like home!

      Delete
    11. Sebab bila becakap tu selalu mula dgn, "kalu di KL atau semenanjung" semua cerita dimulakan dgn ayat cam tu....:)

      Delete
  6. Politik divide and rule atau pecah dan perintah mmg dah lama kaedah ini dilakukan; dan ianya masih berlaku

    ReplyDelete
  7. Proud i'm a Sarawakian.. :>) (h)

    ReplyDelete
  8. Nape? Kt smenjung takde tanam padi kerr? Atau depa mkn gandum? Apa yg std sgt?

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Cikgu-Cikgu kerana telah menabur bakti ke Sarawak atau Sabah.We are proud of you.Kita sama orang Malaysia walaupun adat resam ,agama dan budaya berbeza.Kita harus menghormati satu sama lain.We love Sarawakian and we do love Malaysian Citizen too.

    ReplyDelete
  10. Saya sarawakian n berkhidmat sebagai pendidik di semenanjung...proud to be sarawakian...

    ReplyDelete
  11. Alfatihah utk seorang guru yg pernah mendidik kami Allahyarmah Us Hj Moha Noor Yaakub asal Pulau Pinang..guru semenanjung yg sangat berdedikasi

    ReplyDelete
  12. Saya pernah duduk Sabah bukan Sarawak..sy suka sgt duduk kat Sabah..tp kenapa sy kena buat pasport (biru) utk tinggal di sana?kenapa suami saya perlu kebenaran berkerja di Sabah? Kan Sabah pun Malaysia....hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah itu undang2 negeri tersebut.. bukan sabah jer.. nak kerja kat sarawak pun sama.. passport tu bkn mcm passport nak g negara2 luar pn.. rilek r.. 5 ringgit jer pun utk 5 tahun...

      Delete
  13. Sidak ya sik merasa dirikpun cmney idup di serawak tok ney ndak nya ...

    ReplyDelete
  14. menar ya alexander sidaknya x merasa mun nya merasa sekali alu mauk nya diam sarawak terus... menar x.... hehehehe miak sarawak...

    ReplyDelete