Logam Dalam Aiskrim Cadbury

Aurora Cadbury Aiskrim


Logam Dalam Aiskrim Cadbury - DI London, seorang kanak-kanak perempuan nyaris tertelan serpihan logam tajam yang berada dalam kon aiskrim Cadbury yang dimakannya.

Aurora, 4, dan adiknya Tobias, 2, sedang menikmati aiskrim tersebut sewaktu berjalan pulang bersama ibu mereka, Cherish Allen, 22, dan pasangannya Roy Smith, 31.

Aurora Cadbury Aiskrim


Secara tiba-tiba, kanak-kanak itu menjerit kesakitan kerana tergigit sesuatu yang keras dan Allen segera memeriksa mulutnya.

“Saya lihat sesuatu yang bersinar dan mengoreknya keluar. Ia adalah logam.

Aurora Cadbury Aiskrim

“Kemudian saya memeriksa aiskrim yang dimakannya dan mendapati ada bebola logam di tengah-tengah kon tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, keadian itu menyebabkan Aurora agak trauma dan tidak mahu makan malam kerana bimbang makanan yang dimakannya akan menyebabkan mulutnya sakit.

Aurora Cadbury Aiskrim

Aurora CAdbury


Sementara itu, syarikat pengeluar produk aiskrim Cadbury menerusi jurucakapnya berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca logam tersebut berada dalam aiskrim itu.

sumber 
Logam Dalam Aiskrim Cadbury Logam Dalam Aiskrim Cadbury Reviewed by Unknown on Sunday, August 10, 2014 Rating: 5

No comments