Friday, May 30, 2014
3

Datuk Seri Dr S. Subramaniam cadbury

Kenapa Menteri Kesihatan Beria-ria Membela Syarikat Cadbury? - KAMI dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat hairan mengapakah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan di dalam isu kandungan porcine (babi) di dalam coklat Cadbury, Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Mengapakah Datuk Seri Subramaniam tidak menyuruh JMM menyaman Syarikat Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) selaku kilang yang mengeluarkan coklat tersebut.

Bukanlah Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury ini, dan bukanlah juga Jakim dan Kementerian Kesihatan yang membuat keuntungan dari penjualan coklat ini.

Bagaimanakah Datuk Seri Subramaniam boleh tampil ke hadapan untuk mempertahankan syarikat Cadbury ini dan bukannya Kementerian Kesihatan.

Perkara ini amat ganjil apabila seorang menteri boleh menjemput orang ramai untuk menyaman Kementerian Kesihatan iaitu kementerian beliau sendiri, sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury.

Datuk Seri Subramaniam perlu memperjelaskan di mana kepentingan sebenar beliau dalam isu ini.

Sedangkan beliau yang sepatutnya melihat kepada kepentingan rakyat dan bukannya kepada Syarikat Cadbury.

Dalam masa yang sama beliau berkata, kemungkinan berlakunya pencemaran.

Jika pencemaran boleh berlaku bermakna juga  coklat Cadbury ini adalah amat berbahaya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan mungkin juga mengandungi racun.

Sebarang kemungkinan yang tidak diingini akan juga boleh berlaku.

Jika pencemaran ini boleh dijadikan alasan, bagaimanakah ia boleh mendapat status Halal?

JMM melihat kemungkinan Datuk Seri Subramaniam juga tidak memahami asas pemakanan Halal.

JMM juga menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemantauan tentang proses siasatan ini dan mengumpulkan maklumat dari orang Islam.

Bagi pihak JMM, kami akan terus menyaman Syarikat Cadbury dan akan mengumpulkan masyarakat Islam yang telah ditipu oleh Syarikat Cadbury.

Sekian.

Azwanddin Hamzah

Presiden

Jaringan Melayu Malaysia (JMM)

Sumber:Sinar Harian

3 comments:

  1. dah dia makan babi
    mestilah kene back up

    ReplyDelete
  2. Anonymous30 May, 2014

    Sokong 100%.

    ReplyDelete