MH17 : YB KJ Minta Russia Mahupun Ukraine Kembalikan Kotak Hitam

MH17 : YB KJ Minta Russia Mahupun Ukraine Kembalikan Kotak Hitam

MH17 : YB KJ Minta Russia Mahupun Ukraine Kembalikan Kotak Hitam | Interfax hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Pemisah pro-Rusia di Timur Ukraine berkata mereka telah menemui 'kotak hitam' perakam penerbangan yang telah dijatuhkan oleh pesawat Malaysia Penerbangan MH17 - Lapor Reuters
Kotak hitam milik pesawat Boeing 777 itu telah dijumpai sejauh 60km dari sempadan Rusia. 

Menerusi tweet oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.

"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak disentuh oleh Rusia mahupun Ukraine.

"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang  nahas MH17.


"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.

"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya.
MH17 : YB KJ Minta Russia Mahupun Ukraine Kembalikan Kotak Hitam MH17 : YB KJ Minta Russia Mahupun Ukraine Kembalikan Kotak Hitam Reviewed by Unknown on Friday, July 18, 2014 Rating: 5

No comments