Jawapan Kepada Pemilik Kenderaan Yang Difitnah Mendera Kucing


kucing mati

Jawapan Kepada Pemilik Kenderaan Yang Difitnah Mendera Kucing - Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang mampu menyalurkan maklumat sepantas kilat, ramai di kalangan kita yang begitu mudah berkongsi cerita tertentu biarpun belum dibuktikan kesahihannya. Perkara yang belum sahih juga digembar gemburkan seperti sudah sahih. 

Akibatnya, ada pihak yang menjadi mangsa fitnah gara-gara perbuatan kita yang begitu rangkus meraih populariti sebagai orang pertama yang menyebarkan berita sebegini.

Terbaru, seorang pemilik kereta  telah dikutuk dan dimaki oleh pengguna Facebook hanya kerana dua keping gambar yang tidak diketahui maklumatnya.

kucing mati


Gambar itu menunjukkan lelaki yang memandu kereta tersebut menyeret seekor kucing di atas jalan. Dilihat dari mata kasar, indeed. Seperti sedang mendera haiwan. Namun, perkara yang sebenarnya terjadi bukanlah seperti yang diceritakan oleh pemilik facebook tersebut. 


Perkara sebenarnya yang terjadi dijelaskan sendiri oleh pemandu yang sedang membaiki kenderaan itu dan turut dijelaskan sendiri pemiliknya menerusi akaun Facebook.

kucing mati

"sebelum tahu yang pelik-pelik, baik saya cerita yang sebenarnya.. letih la malam ni.. tadi pergi tinggal kereta dekat bengkel.. kemudian mekanik nampak kucing mati dekat tepi jalan dan nak tolong alihkan dan buang tempat lain.. ada pula hamba Allah yang ambil gambar dan silap tafsir cakap heret kucing pada jalan.. tengok la tangan yang bawa tu berbalut plastik..lepas tu ada juga yang komen kenapa tak balut dengan plastik dulu..kalau kena dekat korang, kucing pecah kepala.. ambil pun tak.. habis-habis pun korang pijak lagi dengan kereta..tolong sebarkan..sebab nak jernihkan nama saya dan kereta daf 1584.. orang yang post tu dah diam dah..nasib baik puasa.. sabar2.. muhasabah diri"

Alkisahnya, seekor kucing telah mati di hadapan bengkelnya dan dia mengambil keputusan untuk mengalihkan bangkai kucing tersebut.

Memandangkan kepala kucing tersebut pecah dan berbau busuk, mekanik tersebut memandu sambil memegang kucing tersebut di luar keretanya.

Kucing mati

p/s:  Seeloknya kita selidik dulu betul-betul sebelum tuduh orang macam-macam. Risau kalau orang yang difitnah tu tak ampunkan kita. Merangkak nanti nak cari kat 'sana'. Nauzubillah...

Jawapan Kepada Pemilik Kenderaan Yang Difitnah Mendera Kucing Jawapan Kepada Pemilik Kenderaan Yang Difitnah Mendera Kucing Reviewed by Unknown on Friday, July 18, 2014 Rating: 5

No comments