Cikgu Racun 20 Ekor Kucing Tanpa Belas Kasihan

Cikgu Racun 20 Ekor Kucing Tanpa Belas Kasihan | Atas alasan kerana kucing mengotorkan kawasan inap desa miliknya, seorang guru sanggup meracun 20 ekor kucing sehingga mati. Perlakuan itu sangat keterlaluan dan tidak berhati perut terhadap haiwan. Tindakan seorang guru itu telah menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor.


Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing dan selebihnya penduduk lain akibat memakan ikan yang telah digaulkan dengan racun. Kesemua kucing yang mati itu ditemui oleh penduduk kampung dengan mulut berdarah.

Perbuatan yang tidak beretika ini telah disaksikan oleh seorang penduduk yang tinggal di kawasan itu. Sehingga kini, sampel ikan telah dihantar ke Pejabat Vaterinar dan laporan polis juga telah dibuat.

Sungguh tidak berhati perut, seorang guru yang juga merupakan seorang pendidik anak bangsa sanggup melakukan perlakuan yang keji ini. Kucing adalah binatang kesayangan nabi diperlakukan seperti ini. Sedih dan terharu dengan sikap segelintir manusia yang tidak mempunyai hati yang kasih kepada binatang.

Cikgu Racun 20 Ekor Kucing Tanpa Belas Kasihan Cikgu Racun 20 Ekor Kucing Tanpa Belas Kasihan Reviewed by Unknown on Monday, March 31, 2014 Rating: 5

3 comments

  1. Salah tuan kucing jugak, Gi biar berak merata apesal, tak semua org tolerant dgn taik kucing ni, bau. Akhir kata, sila potty train kucing anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kerana binatang yg tiada akal itu berak merata-rata kamu sanggup racun kucing tu? Kenapa tak racun tuan kucing tu terus? kenapa binatang tersebut? bodoh tak?? ISLAM ajar buat macam nie ka??? Jangan nak backup sangatlah.. walau kucing tu mmg btol berak merata², tetap salah bunuh kucing tu...

      Delete
    2. Aku x setuju dia bunuh..... tapi kebanyakan tuan2 si kucing ni mmg annoying...... biar kucing merayap kerumah org,... umah aku dah mcm public toilet kucing.,.. tuan dia muka toya jer... tp aku x sampai ati ler nak bunuh.... aku perambat ngan penyapu je lerr.... dlm hati berkoyan2 aku nyumpah si tuan tu.... huhuhu.... ya allah ampun kan aku

      Delete