Bunuh Budak Sebab Bosan

Zhang Tai


Bunuh Budak Sebab Bosan - China – Kematian seorang budak lelaki berusia lapan tahun, Zhang Tai, dalam keadaan tragis akibat dipukul sekumpulan 11 budak berusia sembilan dan 13 tahun, mengejutkan penduduk di negara ini.

Tai, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk akibat dibelasah budak-budak terbabit, yang kemudiannya mengaku kepada polis, mereka melakukan perbuatan berkenaan kerana kebosanan.

Selepas membelasah Tai, mereka membiarkan dia di tepi jalan. Tai dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Menurut polis, idea memukul Tai dicadangkan oleh ketua kumpulan budak-budak berkenaan.

Dalam pada itu datuk Tai, Zhang Kuo, 67, berkata, cucunya itu sering menjadi mangsa buli budak-budak berkenaan kerana dia enggan mengikut telunjuk mereka.

“Saya diberitahu oleh seorang budak bahawa Tai mengikut budak-budak berkenaan selepas mereka berjanji tidak akan memukulnya lagi.

“Ketika itu saya amat bimbang kerana saya tahu salah seorang daripada budak berkenaan adalah kaki buli,’’ katanya.

Bapa Tai bekerja di bandar lain dan anaknya itu ditinggalkan dengan datuk dan neneknya selepas isterinya meninggalkan mereka.

p/s: budak-budak sekarang dah menjadi2 perangainya. Bimbang bila fikirkan macam mana keadaan budak2 20 tahun akan datang. 



Bunuh Budak Sebab Bosan Bunuh Budak Sebab Bosan Reviewed by Unknown on Monday, July 14, 2014 Rating: 5

No comments