Dibuli Kerana Cantik

Dibuli Kerana Cantik - Rusia – Kerana cemburu rakan sekolahnya memiliki wajah yang cantik, empat budak perempuan telah membuli budak tersebut dengan memaksanya berbaring di atas jalan yang berlumpur sebelum mengarahkan budak itu minum air lumpur tersebut.

pelajar rusia dibuli kerana cantik

Kejadian yang berlaku ke atas Vlada Kholod, 13, itu mengejutkan seluruh Rusia kerana ia turut dirakamkan oleh empat budak terbabit iaitu Olga Guseva, 16, Lyubov Goloborodko, 14, Sasha Rattsova, 15, dan Ekatirina Streltsova, yang juga berusia 15 tahun.

Ia kemudiannya dimuat naik dalam laman sosial Rusia, VKontakte.

Menurut Vlada, dia dipukul kerana teman lelaki kepada salah seorang pembulinya itu memandangnya, menyebabkan budak perempuan itu cemburu.

pelajar Rusia dibuli kerana cantik

Perkara itu kemudiannya dibawa ke pengetahuan pihak sekolah selepas seorang guru melihat video rakaman tersebut. Pembuli berkenaan kemudiannya dipaksa memohon maaf kepada Vlada.

psst: Takkan la lelaki nak pandang pun nak cemburu. Pandang je pun.. Bukannya pergi mengada-mengada mengorat pun. Eh! 
Dibuli Kerana Cantik Dibuli Kerana Cantik Reviewed by Unknown on Thursday, June 26, 2014 Rating: 5

No comments