Ingin Membunuh Muslim, Tetapi Akhirnya Memeluk Islam
Ingin Membunuh Muslim, Tetapi Akhirnya Memeluk Islam | Ibrahim Killington, seorang pemuda yang ingin memerangi Islam dan membunuh semua muslim di Afghanistan. Namun begitu, Allah bukakan pintu hatinya untuk mengenali Islam dan Allah dahulu yang sempat membunuh perasaan benci beliau terhadap Islam.
Di bawah adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam. Subhanallah MasyaAllah..
My name is Ibrahim Killington.
Sebelum saya memeluk Islam, hidup saya hanya tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-senang semata.
Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.
Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya mendapatkan rakan-rakan saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa "Pelancong" telah menyatakan perang terhadap Amerika. kerana pada waktu itu saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya.
Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang yang diperangi ini adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di gembar gemburkan oleh pihak media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebanyak tiga kali dengan agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh sebanyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia.
Mencari Islam
Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu percaya dan mengikuti Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal evil things (hal-hal jahat) yang mereka katakan tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan ketika itu pun saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan ..
Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.
Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam Islam channel Inggeris).
Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang mereka tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar.
Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah buku pegangan pengganas, dalam genggaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.
Tapi begitu apabila saya mulai membaca Al-Quran (terjemahan), ".. it hit me immediately", ayat-ayat itu menghentam saya, dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya.; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.
Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan "Saya sedang berada di masjid! ..."
Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid."
Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.
Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam "war on terror"). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini.
Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam.
Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.
Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam.
Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam” (ayat 19 surah Ali ‘Imran). Agama Islam ialah agama yang syumul (sempurna) berbanding agama lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t.
Ibrahim Kilington |
Ingin Membunuh Muslim, Tetapi Akhirnya Memeluk Islam
Reviewed by Unknown
on
Saturday, May 10, 2014
Rating:
No comments