Senarai Sejarah Hitam Industri Penerbangan Dunia (10 Gambar)

Senarai Sejarah Hitam Industri Penerbangan Dunia | Nasib 239 penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 masih belum diketahui selepas pesawat dinaiki mereka hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Apapun, misteri kehilangan itu sedikit sebanyak mengimbau dunia kepada tragedi pesawat terhempas yang meragut ribuan nyawa sepanjang beberapa dekad lalu.




Antara paling buruk dalam sejarah ialah sera­ngan empat pesawat secara berturut-turut di Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Pentagon dan luar bandar ­Pen­nsylvania pada 11 Sep­tember 2001.

Turut meninggalkan kesan adalah insiden pengeboman Lockerbie yang membunuh semua penumpang pesawat Pan Am 103 pada 1988.



MAS 653
Nahas pesawat MAS 653 yang dirampas pengganas sebelum terhempas di Tanjung Kupang, Johor ­mengorbankan 100 nyawa.

Begitupun, banyak lagi kejadian yang tidak berkait dengan masalah mekanikal, kesilapan juruterbang atau sebab-sebab lain yang boleh dipersalahkan.

Ini antara beberapa tragedi nahas pesawat yang meninggalkan sejarah hitam kerana mengorbankan banyak nyawa.

3 Mac 1974: 346 terbunuh apabila Turkish Airlines DC-10 mengalami penyahmampatan secara tiba-tiba tidak lama selepas berlepas dari Paris dan menjunam ke sebuah taman di Ermeonville, Perancis.



 KLM ­Royal Dutch Airlines (Boeing 747)
27 Mac 1977: KLM ­Royal Dutch Airlines (Boeing 747) merempuh pesawat Pan American World Airways (Pan Am) ketika berlepas di Lapangan Terbang Los Rodeos, Tenerife di Kepulauan Canary. Seramai 574 orang dari kedua-dua pesawat, maut.


25 Mei 1979: Sayap kiri Amerika Airlines DC-10 jatuh ketika pesawat itu cuba berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O’Hare. Keadaan itu mencetuskan huru-hara dan me­ngakibatkan 275 kematian di atas kapal dan tiga yang lain di landasan.

28 November 1979: Seramai 275 orang mati apabila pesawat Air New Zealand DC-10 merempuh Gunung Erebus di Antartika. Kejadian dipercayai berpunca dari ralat navigasi.



Japan Airlines Flight 123 (Boeing 747)
12 Ogos 1985 - Nahas pesawat paling dahsyat berlaku hampir 30 tahun lalu di kawasan tengah pergunu­ngan Jepun. Seramai 520 orang terbunuh apabila Japan Airlines Flight 123 (Boeing 747) terhempas tidak lama selepas berlepas dari Tokyo. Ajaib­nya, empat orang terselamat.


26 Mei 1991 - Selepas 12 minit berlepas, Lauda Air Flight 004 tiba-tiba terhenti di udara. Pesawat jenis Boeing 767 itu akhirnya terhempas kira-kira 70 batu dari barat laut Bangkok, Thailand dan membunuh 223 penumpang serta anak kapal.

11 Julai 1991 - Gear pendaratan Nigeria Airways DC-8 terbakar tidak lama selepas kapal terbang itu berlepas dari Jeddah, Arab Saudi.

Berikutan masalah itu, pesawat berkenaan gagal mendarat di lapangan terbang dan terhempas dalam keadaan muncung ke bawah. Semua 261 penumpang terbunuh.

26 April 1994 - Juruterbang China Airlines 140 memberi isyarat kepada menara kawalan Lapangan Terbang Nagoya, Jepun bahawa dia tidak bercadang untuk mendarat di situ. Namun, dia berdepan masalah sebelum pesawat Airbus A300 dipandu terhempas, sekali gus menyebabkan 264 kematian. Begitupun, masih ada penumpang yang hidup.

17 Julai 1996 - TWA Flight 800 meletup di udara tidak lama selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Semua 230 penumpang dan anak kapal meninggal dunia.



Saudi Arabian Airlines dan Kazakhstan Airlines II-76
12 November 1996 - Saudi Arabian Airlines dan Kazakhstan Airlines II-76 bertembung di Lapangan Terbang New Delhi, India. Insiden itu membunuh 349 penumpang dari kedua-dua pesawat.

6 Ogos 1997 - Flight 801 meninggalkan Seoul, Korea Selatan dan hampir ­dengan destinasi terakhirnya di Guam ketika ia jatuh ke hutan dan mencecah tanah. Pesawat jenis Boeing 747 itu musnah, 228 orang terbunuh, manakala 26 terselamat.


Garuda Indonesia Airlines (Flight 152)
26 September 1997 - Garuda Indonesia Airlines (Flight 152) terhempas di Buah Nabar, Indonesia dan membunuh 234 orang.



China Airlines (Flight 676)
16 Februari 1998 - Terbang dalam hujan dan kabus, anak kapal China Airlines (Flight 676) dari Indonesia ke Taiwan meminta pendaratan lain di Lapangan Terbang ­Antarabangsa Taipei. Dalam proses berpatah balik, pesawat itu terhempas ke kawasan kejiranan sekali gus membunuh 196 penumpang dan tujuh lagi individu 
di darat.

2 September 1998 - ­Pesawat Swissair meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York dan menuju ke Geneva, Switzerland sebelum jatuh di Lautan Atlantik, luar pantai Nova Scotia, Kanada. Semua 229 individu maut dan penyiasat percaya MD-11 kehilangan semua kuasa elektrik sebelum kemalangan itu.



American Airlines (Flight 587)
12 November 2001 - Beberapa minggu selepas tragedi 11 September, American Airlines (Flight 587) membangkitkan kebimbangan dan panik apabila jatuh menjunam ke Belle Harbor, Queens.

Namun, Lembaga Keselamatan Pengangkutan mendapati tiada bukti sabotaj. Kejadian itu menjadi nahas Airbus A300 paling besar besar dalam sejarah Amerika Syarikat dengan semua 260 penumpang maut sementara lima orang awam turut menemui ajal.

25 Mei 2002 - Selepas 20 minit berlepas, China Airlines (Flight 611) jatuh ­menjunam di Selat Taiwan dan menyebabkan 225 ­kematian. Nahas itu ­kemudiannya dikaitkan dengan kelesuan logam dan retak sepanjang Boeing 747.

1 Jun 2009 - Air France 447 dalam perjalanan dari Rio ke Paris, membawa 228 ­penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik. Lima hari kemudian, mayat pertama dijumpai kira-kira 600 batu dari luar pantai utara Brazil. Dua tahun kemudian, pihak berkuasa Perancis menyalahkan peralatan rosak sebagai punca kemalangan.



Hewa Bora Airways
8 Julai 2011 - Hewa Bora Airways terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca buruk di Lapangan Terbang Kisangani, Republik Demokratik Congo. Sekurang-kurangnya 74 daripada 118 penumpang maut.

3 Jun 2012 - Dana Air Flight 992 telah terhempas ke bangunan perabot dan percetakan akhbar berhampiran dengan lapangan terbang di Lagos, Nigeria, membunuh semua 153 orang di atas kapal dan 10 lagi di atas tanah


Asiana Airlines 214
6 Julai 2013 - Asiana Airlines 214 terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco menyebabkan tiga terbunuh dan lebih 180 cedera.

P/s : Mudah-mudahan MH370 tidak termasuk dalam senarai ini. Amiin..

Senarai Sejarah Hitam Industri Penerbangan Dunia (10 Gambar) Senarai Sejarah Hitam Industri Penerbangan Dunia (10 Gambar) Reviewed by Unknown on Friday, March 14, 2014 Rating: 5

No comments