Tuesday, March 25, 2014
1
MH370: Luahan Balu Kepada Pramugara MAS (Sedih tapi Redha) | Tersentuh hati tatkala membaca tulisan isteri Hazrin Hasnan atau lebih dikenali sahabat handai sebagai Rain. Rain, salah seorang pramugara MAS meninggalkan seorang balu, Intan Maizura, seorang anak yang masih kecil serta bayi yang bakal dilahirkan bulan hadapan.


Kehilangan, sedih tetapi redha, itulah yang boleh kita rumuskan dalam surat untuk suami tersayang. Luluh hatinya apabila menerima berita pada malam semalam tetapi isteri tabah ini terlebih dahulu sedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal ditempuhinya.

Untuk Intan, terus tabah mengharungi dugaan ini. Seluruh warga dunia ada di belakang anda. Kami turut merasai kesedihan itu. Semoga Intan sabar dan menerima ketentuan Ilahi ini. Ingatlah, sesungguhnya dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita semua akan kembali.


Al-Fatihah. Semoga roh mereka semua berada di kalangan orang-orang beriman.


Al-Fatihah..

1 comments: