INFO: Fakta Lautan Hindi Yang Perlu Anda Tahu


INFO: Fakta Lautan Hindi Yang Perlu Anda Tahu | Perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.


“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia kerap berubah-berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.


Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.


Fakta Lain Lautan Hindi
  • Seluas 73,440.00 km persegi
  • Ketiga terluas di dunia selepas lautan Pasific dan Atlantik
  • Mewakili 20% kawasan air dimuka bumi
  • Negara Kepulauan: Comoros, Madagascar, Mauritius, Maldives, Seychelles dan Sri Lanka
  • Purata kedalaman 3,890 meter, pernah mencecah kedalaman 7,450 meter
  • 40% daripada pengeluaran minyak persisir   
Daripada gambar di atas, boleh la tengok saiz pesawat, kecik giler kan. Seperti mencari jarum dalam jerami. So, bersabar la mana yang duk ngomen, buat status cakap nak bukti apa ke benda semua tu. Sabar bersama-sama menunggu hari tersebut tiba, doa banyak-banyak dari cakap sia-sia berlori-lori, jangan asyik nak salahkan satu pihak jer. Ingat, lautan hindi bukan sebesar air dalam besen rumah korang yer. Heh!

INFO: Fakta Lautan Hindi Yang Perlu Anda Tahu INFO: Fakta Lautan Hindi Yang Perlu Anda Tahu Reviewed by Unknown on Tuesday, March 25, 2014 Rating: 5

No comments