[BERITA] Wajah Sebenar Pemegang Pasport Itali yang Dicuri

Tuesday March 11, 2014

[BERITA] Wajah Sebenar Pemegang Pasport Itali yang Dicuri | KUALA LUMPUR: Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.



Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

"Saya OK. Saya nak ke pantai. Saya tak tahu bila semua ini berlaku.

"Semua orang mula cuba menghubungi saya termasuk wartawan daripada Itali. Tapi saya fikir saya tidak mahu diganggu," katanya.


Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya pada 1 Ogos 2013 selepas mencagarkan kepada agensi kereta sewa dan hanya diberitahu telah hilang sewaktu mahu mengembalikan kereta berkenaan.




Dia bagaimanapun berjaya mendapatkan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke Itali.


Laporan mengenai kehilangan pasport itu terdapat dalam pengkalan data polis antarabangsa (interpol).


Selain Maraldi, turut dilaporkan satu lagi pasport milik warganegara Austria turut digunakan oleh individu untuk menaiki pesawat MH370.


Namun, pemilik sebenar pasport itu, Christan Kozel dilaporkan masih hidup dan berada dalam keadaan baik oleh pihak berkuasa.


Kozel memberitahu media negaranya bahawa pasport miliknya dicuri ketika melawat Thailand pada 2012.

[BERITA] Wajah Sebenar Pemegang Pasport Itali yang Dicuri [BERITA] Wajah Sebenar Pemegang Pasport Itali yang Dicuri Reviewed by Unknown on Tuesday, March 11, 2014 Rating: 5

No comments