Lamborghini Veneno:Lambo Paling Laju dan Paling Mahal Pernah Dihasilkan

Lamborghini Veneno:Lambo Paling Laju dan Paling Mahal Pernah DihasilkanKereta baru Lamborghini Veneno dipamerkan sehari sebelum Pertunjukan Kereta Geneva berlangsung. Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini S.p.A., Stephan Winkelmann menunjukkan kereta tersebut kepada para tetamu dan wartawan. 

Bagaimanapun, hanya tiga buah kereta berkenaan yang akan dikeluarkan. Ketiga-tiga kereta tersebut sudah pun mempunyai pembeli. Ia dikeluarkan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat pengeluar kereta dari Itali itu. Kereta sport itu boleh mencecah kelajuan sehingga 354 kilometer sejam. Harga setiap sebuah Lamborghini Veneno itu ialah £4.5 Million (RM14.10 juta). Kereta dua tempat duduk itu dijana dengan enjin petrol 12 silinder yang mempunyai 750 kuasa kuda















































- Nasib baik sume dah ade pembeli, kalau tak mesti dah rembat satu..Keh3
 
Lamborghini Veneno:Lambo Paling Laju dan Paling Mahal Pernah Dihasilkan Lamborghini Veneno:Lambo Paling Laju dan Paling Mahal Pernah Dihasilkan Reviewed by Unknown on Wednesday, March 06, 2013 Rating: 5

No comments