Video : Detik Kemalangan Kakitangan Petronas di Paka, Terengganu


Video : Detik Kemalangan Kakitangan Petronas di Paka, Terengganu | Dua kakitangan Petronas GPP tersebut maut selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah dekat Balai Bomba dan Penyelamat Paka di sini, 10.30 pagi tadi...

Eksekutif, Rosli Mahmud, 52, dan juruteknik Nasuki Mohamad, 45, maut dalam kemalangan itu manakala seorang lagi juruteknik Mat Zian Mat Zin, 48, hanya cedera ringan.

Kemalangan berlaku ketika kesemua kakitangan Petronas terbabit dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya di Kertih. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Nasuki hilang kawasan lalu terbabas di situ yang menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbalik dan bergolek beberapa kali di situ...

Nasuki yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan Rosli yang parah di kepala dan badan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun manakala Mat Zian yang cedera di kaki kanan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas untuk rawatan lanjut...

Video..



Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun Asisten Superintendan Alias Abu Bakar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 - Hmetro - Apahell

Video : Detik Kemalangan Kakitangan Petronas di Paka, Terengganu Video : Detik Kemalangan Kakitangan Petronas di Paka, Terengganu Reviewed by Unknown on Tuesday, December 30, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. innalillah. moga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman. amin

    artikel terbaru - Gegar Vaganza: Shima Ditunjukkan Jalan Keluar

    ReplyDelete