Sikap Biadap Segelintir Mangsa Banjir Yang Perlu di Ubah
Pesanan dari Encik Shukry Samsudin
Sikap Biadap Segelintir Mangsa Banjir Yang Perlu di Ubah | Mohon pesan kepada mereka yang ada saudara mara tu jika rumah sudah mula dinaiki air walaupun baru depan rumah untuk BERPINDAH SEGERA. Jangan la sangka air semakin surut. sentiasa bersedia untuk 'the worst situation'.
Sebagai sukarelawan yang terlibat saya kecewa apabila orang kampung memperlekehkan kami apabila kami datang menyuruh untuk berpindah.
Ada yang mencemuh ada yang menyombong kononnya sudah duduk berpuluh tahun tak pernah dinaiki air tapi apabila air mula naik mereka mereka ini la yang mula cemas mengharap kedatangan penyelamat. andai penyelamat lambat datang berkarung pula makian diberi. Seolah-olah hanya mereka seorang sahaja perlukan bantuan.
Juga mereka yang terselamat tu apabila berada di pusat pemindahan jagalah kelakuan dan bersopanla. Ringankan tulang tolong anggota penyelamat apa yang termampu. Kadang-kadang bantuan makanan sampai nak tolong angkat bawa ke stor pun tak nak. nak ke dapur tolong memasak pun susah. Tapi bila makanan tak cukup habis dimaki semua orang.
Anggota penyelamat sentiasa bersedia sehingga kadang-kadang makan pun sekali sehari. penyelamat bukan tulang besi urat dawai 24 jam boleh bergerak.
Semoga urusan banjir dipermudahkan dan sama-sama memberi bantuan yang termampu. dan salurkan maklumat dengan tepat ke DCC atau agensi lain jika memerlukan bantuan. Apahell
Sikap Biadap Segelintir Mangsa Banjir Yang Perlu di Ubah
Reviewed by Unknown
on
Friday, December 26, 2014
Rating:
itu laa manusia yang sombong bodoh..tak tahu bersyukur pad Allah..
ReplyDeletebodoh dan sombong...
ReplyDelete