Nama Pengantin Perempuan 8 Patah Perkataan, Pengantin Lelaki Lazaf 1 Kali Sahaja


Nama Pengantin Perempuan 8 Patah Perkataan, Pengantin Lelaki Lazaf 1 Kali Sahaja | Pontian: Menyebut nama yang mengandungi tujuh perkataan dengan 53 huruf mungkin sesuatu yang menyukarkan terutama ketika melafazkan akad nikah, tetapi seorang pengarah syarikat lulus ujian itu.

Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia tidak ‘goyang’ menyebut nama Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada 12 Disember lalu.

Kamalrrudin berkata, meskipun nama isterinya panjang berjela-jela, dia tidak mempunyai masalah menyebutnya dengan lancar ketika akad nikah.

Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri.

"Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah.

"Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Kampung Sawah Dalam, Pekan Nenas, di sini, semalam.

Sebelum ini kad jemputan pasangan berkenaan menjadi ‘viral’ kerana keunikan nama Puteri.

Puteri yang juga anak kempat daripada sembilan beradik berkata, dia bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.

Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam sebagai nama terpanjang di Malaysia. HM

Nama Pengantin Perempuan 8 Patah Perkataan, Pengantin Lelaki Lazaf 1 Kali Sahaja Nama Pengantin Perempuan 8 Patah Perkataan, Pengantin Lelaki Lazaf 1 Kali Sahaja Reviewed by Unknown on Wednesday, December 24, 2014 Rating: 5

No comments