Lori Sampah Langgar Mati 6 Orang Saat Sedang Membeli Belah di Glasgow (5 Gambar)
Lori Sampah Langgar Mati 6 Orang Saat Sedang Membeli Belah di Glasgow (5 Gambar) | Enam orang terbunuh dan lapan lagi parah di Glasgow, Scotland, semalam apabila sebuah lori sampah merempuh orang ramai yang membeli-belah menjelang sambutan Krismas.
Saksi berkata, lori berkenaan melanggar orang seperti mesin pinball sejauh 300 meter selepas pemandunya hilang kawalan.
Kenderaan berat itu hanya terhenti apabila ia melanggar bangunan hotel.
Pegawai polis tempatan, Stewart Carle berkata, mangsa mati di beberapa lokasi.
Pemandunya - yang dilaporkan beberapa media tempatan dilihat tersembam di stereng dan dipercayai mengalami serangan jantung - dirawat di hospital.
Saksi, Melanie Greig berkata, kejadian berlaku sangat pantas.
“Lori itu hilang kawalan dan naik ke kaki lima sebelum melanggar semua orang di laluannya.
“Orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri, namun lori itu terlalu laju.
“Memang mengerikan. Keadaan bingit dengan jeritan dan bunyi rempuhan,” katanya.
Lori sampah milik Majlis Perbandaran Glasgow itu menaiki kaki lima dan merempuh pejalan kaki pertama di luar Galeri Seni Moden sekitar jam 2.30 petang (waktu tempatan).
Kenderaan itu yang bergerak laju sejauh dua blok bangunan merempuh beberapa orang lagi sebelum berakhir di Hotel Milennium di bandar terbesar Scotland itu.
Namun polis Scotland menegaskan kejadian di Glasgow itu sekadar kemalangan. - AFP
Lori Sampah Langgar Mati 6 Orang Saat Sedang Membeli Belah di Glasgow (5 Gambar)
Reviewed by Unknown
on
Wednesday, December 24, 2014
Rating:
No comments