Baca!! Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang QZ8501

Baca!! Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang QZ8501 | Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia.

Membawa seramai 155 penumpang, ia sepatutnya berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia.

Baca!! Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang QZ8501

Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat.

KRONOLOGI

Pengarah Perhubungan Udara Djoko Murjatmodjo, Kementerian Perhubungan Indonesia dalam sidang media di Pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Wilayah II, Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, memberitahu bahawa:

Pada jam 5.36 pagi waktu tempatan, pesawat yang berlepas dari Surabaya menuju Singapura pada ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikut laluan M635 yang biasa dilalui antara Surabaya dan Singapura.

Komunikasi terakhir dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) di Jakarta adalah pada jam 6.12 pagi. Juruterbang telah meminta untuk beralih ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki.

Permintaan yang difahamkan untuk mengelak awan tersebut telah dipersetujui pihak ATC.

Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih ada di dalam radar dan seminit kemudian ia hanya tinggal isyarat di dalam radar ATC.

Pada jam 6.18 pagi, pesawat didapati hilang dari radar dan yang tinggal cuma jejak laluan penerbangan. Data realisasi penerbangan juga tidak wujud dalam radar.

Pada jam 7.08 pagi, pesawat diletakkan dalam status fasa tidak pasti iaitu INCERFA berikutan kehilangan perhubungan. Pihak tahap awal hilangnya kontak, badan misi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihubungi.

Pada jam 7.28 pagi, status pesawat adalah ALERFA iaitu tahap selanjutnya yang menyatakan bahawa pesawat hilang hubungan.

Pada jam 7.55 pagi, pesawat dalam status DETRESFA iaitu sudah disahkan hilang secara rasmi.
Lokasi terputus hubungan terjadi ai antara Tanjung Pandan dan Pontianak. Pasukan SAR kini dalam misi mencari dengan mengharapkan isyarat daripada pemancar lokasi kecemasan (ELT). Setakat ini, isyarat tersebut belum dikesan.

KEADAAN CUACA

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Wilayah Bangka Belitung, Indonesia menyatakan bahawa cuaca dalam keadaan buruk sewaktu pesawat sedang dalam penerbangan ke Singapura.

Di ruang udara wilayah tersebut, terdapat banyak pembentukan awan kumulus nimbus yang berisiko membahayakan penerbangan. Jenis awan tersebut mampu mencapai ketebalan antara 5 hingga 10 kilometer.

Begitupun, pesawat AirAsia model A320 merupakan pesawat canggih yang sudah dilengkapi radar cuaca yang baik.

REKOD PENERBANGAN

Pihak AirAsia Indonesia telah mengeluarkan maklumat mengenai jam penerbangan bagi juruterbang Airasia QZ8501. Menurut mereka, Kapten Irianto sudah menyempurnakan  20,537 jam penerbangan dengan khidmat bersama AirAsia Indonesia selama 6,053 jam.

Sementara itu, pembantu juruterbang Remi Emmanuel Plesel mempunyai jam penerbangan sebanyak 2,247 jam.

USAHA SAR

Badan SAR Nasional (Basarnas) Wilayah Bangka Belitung bimbang keadaan cuaca buruk dan gelombang tinggi menjadi halangan dalam operasi SAR pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang sewaktu dalam penerbangan ke Singapura.

Ketua Basarnas, Jhoni Supriadi di Pangkalpinang memberitahu, gelombang setinggi lebih dua meter menjejas kelancaran kapal yang menuju ke titik akhir penerbangan pesawat.

Menurutnya, keadaan cuaca normal memerlukan kira-kira empat jam untuk sampai ke lokasi dan cuaca yang buruk dikhuatiri akan menggandakan tempoh masa tersebut.

Menerusi satu sidang media pada jam 6.30 petang, Djoko berkata misi SAR disambung pada Isnin oleh kerana ia sudah masuk 12 jam dan belum membuahkan hasil.

FAKTA RINGKAS

Nama penerbangan : Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501

Jenis Pesawat  : Pesawat Airbus 320-200

Nombor Pendaftaran : PK-AXC

Jadual penerbangan : Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya, Indonesia

Destinasi Penerbangan : Lapangan Terbang Changi, Singapura

Jumlah penumpang   : 162 orang (155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin)

Warganegara penumpang : 156 Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura(1), Malaysia (1) dan Perancis (1)

Waktu perlepasan : 5.35 pagi (waktu Indonesia)

Waktu dijadual tiba : 8.30 pagi (waktu Singapura)


Baca!! Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang QZ8501 Baca!! Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang QZ8501 Reviewed by Unknown on Monday, December 29, 2014 Rating: 5

No comments