Keadaan Terkini Adik Firdaus
Keadaan Terkini Adik Firdaus | Perkembangan terkini tentang adik Muhammad Firdaus Dollah, dia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di Rumah Sinar Harapan pada hari Jumaat ini atau Isnin depan.
Menurut laporan Harian Metro hari ini, remaja tersebut dikatakan sudah beransur sihat dan mengalami peningkatan berat badan 2.3KG dari 15KG kepada 17.3KG sejak di bawah jagaan Hospital Tuanku Jaafar, 10 hari yang lalu. Pihak HTJS juga memberikan disiplin perubatan kepada remaja itu seperti pemeriksaan mata, telinga, kulit selain makanan berprotein tinggi, karbohidrat dan kalsium untuk kesihatan Muhammad Firdaus.
"Alhamdulillah, selama 10 hari dirawat sehingga kini, adik Muhammad Firdaus sudah begitu sihat dan akan diserahkan kepada JKM pada Jumaat ini atau Isnin depan," katanya.
Datin Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), turut melawat remaja ini sebelum menghulurkan sumbangan RM1,000.
Tribute to Adik Firdaus
Keadaan Terkini Adik Firdaus
Reviewed by Unknown
on
Monday, June 30, 2014
Rating:
No comments