VIDEO : Remaja OKU 15 Tahun Dikurung Hingga Kurus Kering

VIDEO : Remaja OKU 15 Tahun Dikurung Hingga Kurus Kering | Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dianggarkan berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.


Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan. 

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak. 

Menurutnya, kanak-kanak itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.


Ibu kanak-kanak malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).-HMetro
P/s : Haiwan pun pandai jaga anak..

VIDEO : Remaja OKU 15 Tahun Dikurung Hingga Kurus Kering VIDEO : Remaja OKU 15 Tahun Dikurung Hingga Kurus Kering Reviewed by Unknown on Saturday, June 21, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. astaghfirullah.....

    terkejut tgk keadaan anak ni.....siapala mak bapak /penjaga yang terlalu kejam ni....@#@$ betul...

    ReplyDelete