BONGKAR!! Cerita Sebenar Pakcik Lapor Polis Isu Azan
BONGKAR!! Cerita Sebenar Pakcik Lapor Polis Isu Azan | Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.
Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.
Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku.
Jom baca penerangan beliau dibawah:
Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?
Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :
Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.
Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.
Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.
Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana di Taman2.
Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah
Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.
Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.
Wassalam.
~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline
P/s: Mungkin ramai lagi yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut, apa-apa pun terpulang pada diri masing-masing buat penilaian.
BONGKAR!! Cerita Sebenar Pakcik Lapor Polis Isu Azan
Reviewed by Unknown
on
Tuesday, April 15, 2014
Rating:
Kalau itu punca pakcik tu buat report polis, memang patut. Dalam kita melaksanakan tuntutan agama, jangan sampai menganggu orang lain. Islam tak ajar macam tu.
ReplyDeleteAda banyak lagi Masjid yang melakukan perkara seperti diatas kadang- kadang sampai jam 12 malam.
ReplyDeleteKalau kami penduduk bukan Islam menegur, kami akan dimarahi dan disuruh 'balik' ke negara nenek moyang kami!
Kadang- kadang kami tak tahu apa nak dibuat atau kepada siapa kami nak beradu nasib!
utk ceramah misalnya, tak perlu guna speaker yg kuat. memadai dgn membuat wiring dan pasang sound system dari masjid ke rumah2 yg mahu mendengar ceramah.
ReplyDeletelain kali jgn terlalu cepat buat konklusi tanpa tau cerita sebenar. pakcik ni bukan benci azan, tapi dlm keadaan ini, pihak masjid pun kena lah berpada-pada. Azan tak menjadi masalah. saya sendiri tinggal depan surau dan sgt suka bila laungan azan dilaungkan lebih2 lagi masa Subuh. Senang bangun. tapi kalau dah terlalu kuat yang melampau, siapa pun akan rasa x selesa. cuba letak diri anda dlm keadaan pakcik ni sblm buta2 kritik dia dgn melampau.
ReplyDeletekalau tahrim tu kira mengganggu tak apalah, TAPI KENAPA DALAM LAPORAN POLIS TU, SELAIN TAHRIM, DIA KATA 'AZAN SUBUH' JUGA MENGGANGGU BELIAU?
ReplyDeletepatut dia hanya buat laporan berkaitan tahrim shj, tidak perlu report rasa terganggu dgn azan subuh. jelas sekali, mmg beliau mngkin tidak senang dengan khariah masjid dan laungan AZAN selain tahrim. macam ahli parlimen DAP jimmy wong pula yg kata org bukan islam tergganggu oleh azan.