ARTIS: "Status Jom Solat, Tapi Dia Tidur" - Bekas Isteri Sham Kamikaze
ARTIS: Status Jom Solat, Tapi Dia Tidur - Bekas Isteri Sham Kamikaze | Memang sedikit terkejut bila membaca apa yang dibongkar oleh bekas isteri Sham Kamikaze...
Bab yang paling menarik didedahkan oleh bekas isteri beliau ialah..
Kami bergaduh lagi gara-gara perempuan. Hancur hati saya dan saya balik ke kampun. Saya pulang semula ke Kuala Lumpur selepas 2 minggu dan terkejut melihat dirinya berjubah serta berkopiah. Tetapi saya tidak rasa apa-apa.Apabila orang memuji konon dia dia sudah berhijrah, dia rasa dirinya mulia. Sham jadi lupa diri apabila orang sekeliling mengagungkan dirinya. Dia bangga apabila disanjung, tetapi sebenarnya dia belum berubah sepenuhnya. Saya menegur sikap hipokritnya itu dan kami bergaduh lagi. Selepas pulang umrah, saya sudah berubah dan berhijrah lebih awal daripadanya.
Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu.
Wow. Tak sangka bukan? Kalau anda sering mengikuti akaun sosial Sham Kamikaze, memang Sham sering mengajak pengikutnya ke arah kebaikan. Selalu orang solat berjemaah dan sebagainya. Namun kalau mengikutkan apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, itu hanyalah omong kosong. Malah Farazila telah membuat laporan polis untuk langkah keselamatan terhadap gambar dan rakan video yang dilakukan oleh bekas suaminya itu. Tambah Farazila lagi:-
Siang malam dia kerap menghadap komputer. Itu saya boleh tahan lagi, tetapi apabila dia memuat naik gambar berlaga pipi dengan wanita lain dalam FB, apa perasaan saya? Apabila orang bertanya, saya tiada jawapan. Malu pun ada! Apabila bergaduh, dia mula tidak balik rumah berhari-hari. Kadang-kadang balik rumah hanya salin baju sahaja.Dalam satu insiden saya tidak akan lupa sampai mati, dia pernah tinggalkan saya di tepi lebih raya ketika pulang ke kampung di Batu Pahat kerana bergaduh pasal FB. Dia libas tangan dan cincin dipakainya terkena mata saya. Sampai kini dalam mata saya kelihatan berdarah. Mujur saya ada telefon bibit. Dengan mata berair kena libas dan hujan pula, saya terpaksa berteduh bawah terowong.Saya hubungi ibu untuk beritahu apa yang berlaku. Ibu pulang menghubungi Sham, suruh dia ambil saya di tepi lebuh raya. Bayangkan dari waktu Asar saya ditinggalkan, dia hanya datang ambil saya dalam jam 10 malam. Saya sembunyi dalam terowong yang sekelilingnya penuh dengan jarum penagih dadah. Saya memang takut kerana tempat itu sunyi tetapi saya tiada pilihan dan berserah kepada Allah.Saya pujuk hati mungkin saya bersalah dan mencari Sham di Studio, tetapi tidak nampak keretanya. Esoknya saya cari lagi di studio dan berjumpa seorang kakitangannya. Selepas mengetahui Sham ada di ruang atas studio, saya sediakan minuman untuknya dan ketika mahu menghantarnyaa, kakitangan berkenaan seakan menghalang saya. Kebetulan Sham mahu turun ke bawah dan dia yang terkejut melihat saya, lari lintang pukang naik atas semula.Seminggu selepas itu, kakitangan itu berterus terang kepada saya memakluman ada seorang wanita ketika itu bersama Sham. Wanita itu didakwa masih bersuami dan mempunyai dua anak. Kami bergaduh besar dan saya terus balik ke kampung. Dia cerita kepada orang saya ingkar dan keluar rumah tanpa izin. Seingat saya, jika keluar rumahpun hanya ke rumah mentua ata balik kampung saja.
Ini adalah satu pendedahan yang amat mengejutkan. Tak sangka sungguh. Terkejut sangat-sangat dibuatnya. Kesian pun ada jugak dekat bekas isteri Sham Kamikaze. Apa pula reaksi dari Sham.?Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Beautifulnara
ARTIS: "Status Jom Solat, Tapi Dia Tidur" - Bekas Isteri Sham Kamikaze
Reviewed by Unknown
on
Monday, April 21, 2014
Rating:
Ala...cik kak masih begetah lgi muka pn cun cari je lh yg lain.Sya pn bekenan gak ngn cik kak neh.
ReplyDeleteCukup2lah...cik kak,tak payahlah akak bercerita keaiban bekas suami akak tu,jangan lah sampai bercerita keburukan bekas suami untuk sembunyikan kesalahan akak sendiri sampai mencerita jom soat tapi dia tidor balik kan itu boleh membawa kepada fitnah lebih2 lagi akak tak ada bukti kalau cerita tu tak betul nanti akak pulak yang berdosa kan
ReplyDeletelebih baik akak lalukan yang lebih baik seperti banyak kan solat sunat dan jangan tinggalkan solah lima waktu, itu lebih bermakna dari buat kenyataan yg tidak berasas.jika benar pun bekas suami akak melakukan perkara yang akak katakan itu simpan sahaja lah tak payah nak dedahkan pada orang luar.pesanan sya biar lah cerita seperti ini berakhir sampai sini sahaja.
dia tggal serumah dgan sham . dia tahu perangai sham . sy tak rasa dia menfitnah bekas suami sndiri . itu luahan hati dia .
DeletePada abang yang bagi tahu 'cik kak masih begetah lgi muka pn cun' tu bunyinya macam orang yang ketagih nafsu jer...agak2lah bang cantik mana pun seseorang tu kalau Allah tak bagi sedap pun tak jadi jugak.ingat kalau Allah kata bukan,bukan untuk kita lah tu tapi kalau ya,yalah tu.....
ReplyDeletecerita macam ni buat peminat Sham kamikaze marah dan melenting. Tapi kami yang bukan peminatnya terbuka mata bahawa org macam ni sebenarnya ramai di luar, berlagak alim tapi bertopengkan syaitan.
ReplyDelete