Wartawan Mati Ditembak Ketika Buat Liputan di Mesir (4 Gambar)

DUNIA: Wartawan Mati Ditembak Ketika Buat Liputan di Mesir | KAHERAH - MESIR. Lima terbunuh, termasuk seorang wartawan wanita ketika perhimpunan antikerajaan di Kaherah dan Iskandariah, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, kesemua mereka terbunuh selepas tercetus pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan ketika demonstrasi menentang pencalonan bekas Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijadualkan bulan hadapan.


Keganasan tercetus selepas solat Jumaat itu juga berlaku selepas ribuan rakyat tidak berpuasa hati dengan keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap 529 penyokong Mursi dan 700 yang lain bakal didakwa minggu depan.

Pegawai Kementerian Kesihatan Khaled al-Khatib berkata, wartawan akhbar milik persendirian Al-Dustour, Mayada Ashraf, 23,  maut ditembak di kepala ketika membuat liputan termasuk tiga individu lain dalam kejadian di Ein Shams.

“Empat orang cedera dalam pertempuran di wilayah utara Damietta,” katanya menurut laporan Agensi.

Di Madinat Nasr, timur Kaherah, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan pelajar Universiti Al-Azhar menyebabkan puluhan cedera.



Pada kejadian semalam, secara keseluruhannya, lebih 50 penyokong Mursi ditahan di wilayah Damietta dan wilayah Minya selatan atas kesalahan bertempur dengan anggota keselamatan dan mengedarkan risilah berbentuk provokasi.

Pemerhati politik berpendapat, pihak keselamatan sengaja bertindak balas bagi membolehkan lebih ramai lagi penyokong Mursi ditahan.

Sehingga kini lebih, 1,200 penyokong pemimpin itu ditahan dengan prosiding dilakukan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. - SH

Wartawan Mati Ditembak Ketika Buat Liputan di Mesir (4 Gambar) Wartawan Mati Ditembak Ketika Buat Liputan di Mesir (4 Gambar) Reviewed by Unknown on Sunday, March 30, 2014 Rating: 5

No comments