[SOAL/JAWAB] Rakan Dapat Hidayah Selepas Lihat Solat

Monday April 01, 2013


SAYA pemuda berusia 20-an dan tinggal di Lembah Klang. Saya ada seorang kenalan yang boleh dikatakan rapat. Kami tinggal sebilik di asrama tempat kerja. Dia bukan Islam tetapi menunjukkan kecenderungan meminati agama suci ini.

Setiap kali saya bersolat, dia sering melihat seolah-olah mengamati setiap gerakan dalam ibadat itu. Pernah dia memberitahu, melihat saya bersolat, jiwanya terasa tenang. 
Malah, dia menyatakan bersedia memeluk Islam. Masalahnya, saya bukan orang yang arif untuk membimbing saudara baru. Apa perlu saya lakukan kerana bimbang tersalah memberi tunjuk ajar kepadanya? 

KAMAL
Petaling Jaya 


Pertolongan kepada rakan yang mahu mengenali Islam tidak semestinya bermaksud saudara perlu menunggu sehingga sempurna dalam pengetahuan agama. 

Sebenarnya, sokongan emosi serta menjadi pendengar yang baik mungkin menjadi dorongan diperlukannya kerana saudara mempunyai hubungan rapat dengannya. 

Malah, saudara baru hanya memerlukan kefahaman mengenai asas agama dan jangan sekali-kali menampilkan gentar seolah-olah Islam itu perkara merumitkan. 

Islam itu mudah. Tonjolkan kesungguhan saudara membantu dan sedia menyalurkan pemahaman mengenai Islam kepadanya. 

Selepas itu, saudara perlu merujuknya kepada golongan lebih arif seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang aktif membantu saudara baru supaya rakan saudara mempunyai pemahaman lebih jelas mengenai Islam.

-Dang Setia

[SOAL/JAWAB] Rakan Dapat Hidayah Selepas Lihat Solat [SOAL/JAWAB] Rakan Dapat Hidayah Selepas Lihat Solat Reviewed by Unknown on Monday, April 01, 2013 Rating: 5

No comments