Pembalut Luka Terpakai Ditemui Dalam Sayur Lemak Pelanggan

Pembalut Luka Terpakai Ditemui Dalam Sayur Lemak Pelanggan | Shah Alam - Selera seorang lelaki terbantut sewaktu menikmati makan tengah hari di sebuah kedai selepas menemui pembalut penutup luka terpakai dalam masakan sayur lemak pucuk paku, hari ini.

Menurut lelaki tersebut yang enggan dikenali itu, kejadian tersebut begitu menjijikkan hingga membuatnya termuntah.

“Saya makan tengah hari di kedai itu dan mengambil lauk termasuk sayur lemak pucuk paku. Selepas tiga suapan, saya ternampak sesuatu yang pelik dan bila dilihat rupa-rupanya benda itu adalah pembalut penutup luka yang telah terpakai,” katanya kepada Sinar Online.

Akui kesal dengan kejadian tersebut, beliau membuat aduan kepada pengurusan kedai tersebut.

“Saya kecewa dengan amalan kebersihan kedai makan yang sepatutnya diamalkan oleh pekerja kedai tersebut.

Pembalut Luka Terpakai Ditemui Dalam Sayur Lemak Pelanggan http://apahell.blogspot.com/2015/01/pembalut-luka-terpakai-ditemui-dalam.html

Pembalut luka terpakai yang ditemui dalam makanan.

“Peniaga sepatutnya menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan kerana apa yang kita makan ini akan jadi darah daging,” katanya.

Beliau berharap peniaga tersebut mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut dan menitik beratkan soal kebersihan pada masa akan datang.


Pembalut Luka Terpakai Ditemui Dalam Sayur Lemak Pelanggan Pembalut Luka Terpakai Ditemui Dalam Sayur Lemak Pelanggan Reviewed by Unknown on Friday, January 09, 2015 Rating: 5

1 comment