Thursday, October 09, 2014


Syeikh Ammar Buat Pensyarah dan Pelajar Menangis (4 Gambar) : Pensyarah, Syeikh Ammar sepatunya sudah mati kata doktor.

DIA MENGUJI MINDA KITA

Syeikh Ammar kelahiran Amerika Syarikat sejak lahir sudah dalam keadaan cacat. Tidak ada anggota tubuh yg boleh digerakkan kecuali mulut dan mata. Doktor memberitahu ketika kelahirannya beliau boleh hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.

Namun itu atas pertimbangan manusia, tapi Allah yg Maha Berkuasa. Syeikh Ammar masih hidup sehingga sekarang. Cacat tidak menghalangi beliau utk menuntut ilmu sehingga menjadi seorang Professor.

Sejak usia 11 tahun, beliau sudah mula belajar menghafal Quran dan ketika berusia 13 tahun dia sudah menghafal Quran 30 Juz. Ketika di Universiti beliau adalah antara pelajar yg cemerlang dlm jurusan penyiaran dan komunikasi.

Beliau kini bergelar sebagai seorang pensyarah di Universiti di Dubai dan Amerika Syarikat. Tapi yg lebih menarik dari itu Syeikh Ammar juga dikurniakan seorang anak... Subhanallah! Sungguh mulia wanita yg mahu dan redha bersuamikan beliau.

Syeikh Ammar memberitahu pelajarnya, yg sebenar benarnya cacat ialah cacat berpikir (malas berfikir), cacat kemahuan (tiada cita-cita dan kemahuan) dan cacat perjuangan (tiada jiwa perjuangan)...

Sebagai seorang Muslim, cubaan yg dihadapinya, dia lalui penuh kesabaran dan ikhlas kpd Allah. Sebab dia percaya, di balik kekurangannya, Allah pasti memberikan kelebihan yg tidak dimiliki org lain.

Saat beliau menceritakan kesabaran ibunya dlm menguruskannya dari kecil, para mahasiswa yg hadir menangis tersedu-sedu, bahkan ada beberapa pensyarah lain menangis seperti anak2 kecil.

Beliaupun menyarankan kpd Mahasiswa agar giat menghafal Al Quran dan jgn mudah putus asa. “Hafalkan Al Quran, lakukan dgn ayat2 yg pendek terlebih dahulu, saya pun dulu melakukannya demikian, sampai waktunya saya mampu menghafal satu juz dlm sehari,”ujarnya.

Subhanallah, alhamdulillah , Allahu Akbar ..

Syeikh Ammar

Syeikh Ammar

Syeikh Ammar

Syeikh Ammar


credit: penmerahdotcom

p/s: pandang cermin. Reflek pada diri yang sempurna. Allahu..malunya.. :'( 

0 comments:

Post a Comment