Wednesday, September 10, 2014
3
Video : Lelaki Arab "Masak" Baby Untuk Juadah Makan Malam | Riyadh: Seorang lelaki dipercayai warga Saudi meletakkan seorang bayi di dalam periuk yang penuh dengan sayur-sayuran sebelum menggunakan sudip untuk mengacau peiuk berkenaan.

Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.” 

Rakaman video itu yang disiarkan media tempatan menujukkan bayi itu yang hanya berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup sebelum di tempatkan di atas dapur.

Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang menyuruhnya berhenti berbuat demikian.

Video : Lelaki Arab "Masak" Baby Untuk Juadah Makan Malam

KEADAAN bayi itu yang diletakkan di dalam periuk bersama sayur-sayuran.

Akhbar Sabq yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana rakaman itu dibuat dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau serius.

Bagaimanapun, pembaca mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya. 

Seorang pembaca menulis: “Hati sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah tidak mengampunkan dosanya.” - Agensi

Tonton video di bawah:


P/s : kalau yer pun bergurau, agak-agak la..

3 comments: