Thursday, September 04, 2014
loom band


Getah Mainan Loom Band Mengundang Kanser? - Perhatian kepada peminat kraf dan pemainan getah berwarna-warni ‘loom band‘. Produk yang menjadi kegilaan seluruh dunia dikatakan mengandungi bahan kimia karsinogenik yang boleh mengundang kanser.

Pendedahan yang disiarkan di sebuah program televisyen Britain, BBC Midlands Today melaporkan produk tersebut mengandungi 40 peratus phthalates.

Ini menyebabkan peruncit mainan bebas terbesar di negara itu, The Entertainer, menarik balik semua produk ‘loom band‘ dari 92 kedainya di seluruh negara.

Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan, pengawalan terhadap produk ini di Malaysia masih tidak jelas.

Ini kerana getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak diklasifikasikan sebagai kategori mainan untuk mematuhi Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diambil sebarang tindakan

“Getah ‘loom band’ adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut. Ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” katanya memetik laporan portal berita Awani.

Ia adalah hasil ciptaan seorang rakyat Malaysia, Ng Cheong Choon, yang menetap di Detroit, Amerika Syarikat. Produk itu telah popular sejak tiga tahun lalu melalui syarikatnya, Rainbow Loom, dengan jualan melebihi empat juta unit di seluruh dunia.

loom band

0 comments:

Post a Comment