Sunday, August 10, 2014
crime

Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Pakaian Bermangga Di Gemas - GEMAS: Mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah beg pakaian yang dimangga dan diikat dalam longkang di Taman Gemas Jaya di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang berkata mayat itu ditemui oleh seorang pekerja kedai perabot pada kira-kira 5 petang.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota termasuk Unit Forensik bergegas ke tempat kejadian. Pemeriksaan menemukan mayat seorang wanita berusia 20-an memakai baju-T Mickey Mouse dan berseluar biru.

"Terdapat kesan luka sepanjang enam sentimeter pada dahi mangsa dipercayai akibat hentakan benda tumpul manakala kedua-dua tangan terdapat kesan lebam dan dua jari tangan kiri hancur.

"Tiada identiti ditemui pada mayat yang tidak mempunyai suntikan BCG itu dan kita percaya mangsa mati lebih 48 jam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis turut menemui beberapa helai baju dalam beg berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian hotline 06-4431999 atau balai polis berdekatan.

0 comments:

Post a Comment