Maut Jatuh Dalam Air Gula Mendidih

baby maut


Maut Jatuh Dalam Air Gula Mendidih - New Delhi – Menyayat hati. Kematian seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun, Dev memang mengharukan. Apa tidaknya, akibat kecuaian pihak lain, dia menjadi mangsa.

Dev meninggal dunia selepas terlepas dari dukungan ibunya dan terjatuh ke dalam air gula yang sedang mendidih, selepas ibunya dilanggar oleh sebuah beca.

Ketika kejadian, mereka berada di luar sebuah kedai. Pada waktu itu, pemilik kedai terbabit sedang memanaskan gula dan Dev terjatuh ke dalam air gula yang menggelegak itu.

Manakala pemandu beca itu melarikan diri dan tidak dapat dikesan kerana nombor pendaftaran becanya tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa.

Menurut ibunya, Pinky, selepas anaknya terjatuh dalam air gula itu, dia menjerit namun tiada siapa yang datang menolong.

Pinky juga mengalami kecederaan di kedua tangannya selepas dia cuba menarik anaknya daripada air gula yang sedang panas itu.

Mereka dibawa ke hospital namun Dev meninggal dunia.

Pinky kini bercadang menyaman pemilik kedai berkenaan kerana memasak air gula di luar kedai, tanpa sebarang pengawasan atau menutupnya.

Sementara orang ramai pula berkumpul di depan balai polis, bagi menuntut supaya hukuman diambil ke atas penarik beca berkenaan.

Maut Jatuh Dalam Air Gula Mendidih Maut Jatuh Dalam Air Gula Mendidih Reviewed by Unknown on Sunday, August 03, 2014 Rating: 5

No comments